Aksi Faiz Subri Sabtu Ini Bakal Tarik Perhatian Ramai

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 1:54 PM

(Ubah saiz teks)

AKSI pemain tengah Pulau Pinang, Faiz Subri sekali lagi bakal menjadi perhatian ramai malah mungkin peminat bolasepak dunia Sabtu ini apabila skuad Harimau Kumbang itu turun menentang Kuantan FA di Stadium Bandaraya George Town dalam aksi pusingan kedua Piala FA.

Faiz secara tiba-tiba menjadi perhatian ramai termasuklah media antarabangsa apabila tendangan melencongnya dengan jarak 30 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super baru-baru ini mencecah gawang dan disifatkan sebagai salah satu jaringan gol paling cantik di dunia.

Video tendangan Faiz itu kemudiannya tersebar ke seluruh dunia dan mula disamakan dengan tendagan melencong yang pernah dihasilkan oleh pertahanan Brazil, Roberto Carlos dalam aksi Piala Dunia menentang Perancis.

Kini, pemain berusia 29 tahun yang berasal dari Kedah itu sekali lagi bakal menarik perhatian ramai apabila pasukannya beraksi pada saingan Piala FA Sabtu nanti.

Apatah lagi Faiz mengakui yang dia mampu mengulangi tendangan seperti itu lagi dalam perlawanan akan datang.

"Sebelum ini ia tidak menjadi seperti itu. Saya selalu berlatih dan tidak sangka ia berlaku kali ini.

"Saya hanya memberi fokus dan menetapkan sasaran arah bola sebelum membuat sepakan itu.

"Tapi saya rasa boleh lakukannya sekali lagi," jelas Faiz.

Berikutan tendangan melencong yang mendapat pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang memutuskan untuk melelong kit yang dipakai Faiz dalam perlawanan tersebut.

Lelongan akan dilakukan secara atas talian, bermula pada harga RM100,000.

Hasil lelongan akan disumbangkan kepada pembangunan pasukan pelapis negeri itu supaya seorang lagi Faiz dapat dilahirkan di Pulau Mutiara.

Selain itu, media antarabangsa turut yakin tendangan unik tersebut layak untuk bersaing dalam anugerah Puskas yang merupakan anugerah tahunan yang disampaikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) pada acara pengumuman pemain terbaik dunia.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan