Soalan Kurang Jaringan Gol Buat Ronaldo Tinggalkan Sidang Media

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 8:05 AM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo meninggalkan sidang media perlawanan Liga Juara-Juara selepas tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan kepadanya berkaitan dengan kekurangan jaringan gol di tempat lawan.

Sidang media tersebut sempena perlawanan pusingan pertama 16 pasukan Liga Juara-Juara bertemu AS Roma pada Khamis.

Pada awal musim Ronaldo berjaya memecah rekod jaringan di peringkat kumpulan dengan menjaringkan sebelas gol, malah menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara dengan 88 gol dalam 121 aksi keseluruhan.

Bagaimanapun penyerang Portugal itu tidak gembira dengan soalan daripada pihak media yang bertanyakan kenapa dia tidak menjaringkan gol selepas kemenangan 2-0 ke atas Eibar 29 November lalu.

"Siapa lagi yang menjaringkan gol di tempat lawan lebih banyak dari tempat sendiri selain daripada saya semenjak tiba di Sepanyol? Namakan seorang yang mencatat gol lebih daripada saya?

"Tiada jawapan? Ok. Terima kasih semua," katanya sebelum meminta diri meninggalkan sidang media tersebut.

Musim ini, Ronaldo telah melakar 32 gol dalam semua perlawanan - 21 gol di laman sendiri dan 11 gol di tempat lawan.

"Saya faham bahawa ada timbul keraguan. Ianya seperti kamu memberikan segalanya kepada anak lelaki, selepas itu kamu ambil balik dan dia menangis.

"Saya harap saya boleh mengekalkan 'catatan buruk' ini sehingga tamat musim," katanya sinis sebelum itu.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan