Faiz Subri Berlatih Untuk Hasilkan Sepakan Unik

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 4:06 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saingan Liga Super baharu sahaja bermula, namun kemeriahan sudah dirasai dengan aksi luar biasa pemain tempatan.

Penyerang Pulau Pinang, nama Mohd Faiz Subri secara tiba-tiba menjadi sebutan dalam dan luar negara gara-gara sepakan percuma yang unik  dibuat sehingga menghasilkan gol ketika aksi bertemu Pahang di Stadium Bandaraya pada Selasa malam.

"Ini merupakan sepakan percuma sempurna yang pernah saya lakukan sepanjang lapan tahun bergelar pemain.

"Sebelum ini ia tidak menjadi seperti itu. Saya selalu berlatih dan tidak sangka ia berlaku semalam (Selasa). 

"Saya hanya memberi fokus dan menetapkan sasaran arah bola sebelum membuat sepakan itu," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Pemain kelahiran Kedah berusia 29 tahun ini mengakui aksinya itu turut memberi dorongan kepadanya untuk melakukan yang lebih baik lagi.

"Saya bersyukur dan akan cuba melakukan yang lebih baik lagi selepas ini. Ia juga dianggap sebagai semangat untuk pasukan," katanya yang turut terkejut dengan lencongan bola itu.

Sepakan dari jarak 30 meter itu dikatakan unik apabila ia melencong dari kiri ke kanan gol lawan sebelum menerjah ke gawang. Gol tersebut turut menjadi berita di beberapa portal sukan dunia termasuk mirror.co.uk dan laman sosial.

Malah gol itu juga menjadikan Mohd Faiz sebagai calon bagi anugerah Puskas tahunan. 

Tags / Kata Kunci: Mohd Faiz , Sepakan Percuma , unik

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan