Liga Juara-Juara: Cavani Bantu PSG Menang 2-1 Ke Atas Chelsea - Bola Sepak | mStar

Liga Juara-Juara: Cavani Bantu PSG Menang 2-1 Ke Atas Chelsea

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 7:37 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN gantian Paris Saint-Germain (PSG) Edinson Cavani membantu kelabnya meraih kemenangan 2-1 ke atas Chelsea pada aksi pusingan pertama 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung di Parc des Princes, awal pagi Rabu.

Pada perlawanan tersebut, Zlatan Ibrahimovic membuka jaringan awal pada minit ke-39 sebelum pemain Chelsea, John Obi Mikel menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Namun separuh masa kedua permainan semakin rancak dengan percubaan kedua-dua pasukan sehinggalah Cavani berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan kedua pada minit ke-78 sekaligus mencatat kemenangan kepada kelabnya.

Pemain antarabangsa Uruguay yang bernilai £55 juta ( RM331 juta) itu merupakan pemain termahal dalam sejarah bola sepak Perancis.

Tags / Kata Kunci: PSG , Liga Juara-Juara , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan