Harapan Skuad Futsal Ke Sukan SEA 2017 Semakin Tipis

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 3:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impian skuad futsal kebangsaan untuk beraksi pada temasya Sukan SEA 2017 semakin tipis.

Ini berikutan keputusan buruk skuad bimbingan Marcelo Serpa pada aksi Kejohanan Futsal AFC yang menyaksikan pasukan negara berada di tangga terakhir.

"Ia amat mengecewakan dan pasti aksi itu merupakan salah satu daripada pertimbangan untuk disenaraikan dalam Sukan SEA atau tidak.

"Saya belum buat keputusan muktamat dan masih ada lagi 24 sebelum diumumkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

"Senarai muktamat saya yang akan putuskan," jelas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai status skuad futsal ke Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan.

Kempen futsal di Tashkent berakhir dengan kegagalan selepas pasukan negara tunduk 2-6 kepada Qatar pada aksi ketiga Kumpulan D sekali gus mencatat kekalahan ketiga berturut-turut dalam tiga perlawanan dan menghuni tangga tercorot daripada empat pasukan dalam kumpulan itu.

Kekalahan itu hadir selepas Malaysia dibelasah teruk 1-11 kepada juara bertahan, Jepun pada aksi kedua selain tewas tipis 1-2 kepada Australia pada aksi pembukaan.

Dengan tiga kekalahan yang dicatat itu, anak buah Serpa hanya berpeluang mengintai kedudukan tangga ke-13, sekurang-kurangnya menyamai pencapaian di Vietnam, dua tahun lalu.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan sudah mencadangkan futsal untuk Sukan SEA 2017 namun ditolak MOM ketika permohonan pertama iaitu sebelum Sukan SEA Singapura tahun lalu.

Kali terakhir futsal dipertandingkan pada temasya dwi-tahunan ini adalah ketika edisi 2013 di Myanmar. 

Tags / Kata Kunci: Futsal malaysia , Marcelo Serpa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan