Vida Pertimbang Tubuh Jawatankuasa Khas Pantau Disiplin Pemain Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 7:12 AM

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sedang mempertimbangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memantau disiplin pemain supaya lebih fokus memantapkan corak permainan masing-masing sepanjang musim ini.

Menurut usahawan kosmetik terkemuka negara itu, beliau akan melantik enam individu  berpengalaman dalam arena bola sepak tanah air untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.

"Jawatankuasa ini akan bertindak sebagai badan bebas dan enam individu yang dilantik nanti akan menjadi mata-mata kepada Kafa. Buat masa ini disiplin pemain dalam keadaan 'tip top', tiada masalah.

"Bagaimanapun penubuhan jawatankuasa ini sebagai langkah awal untuk mengelak masalah disiplin berlaku pada masa akan datang. Jadi saya fikir lebih baik lakukan sesuatu sebelum terlambat," katanya kepada mStar Online.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata penubuhan jawatankuasa khas itu turut bertujuan membantu Kafa mengurus pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) menjadi skuad yang digeruni pada musim ini.

"Saya tiada niat untuk mencampuri urusan pentadbiran Kafa tapi ini adalah idea yang diharap dapat membantu memantapkan skuad PQPTRW musim ini," katanya.

Jelas beliau lagi, jawatankuasa ini akan memastikan setiap pemain hadir  sesi latihan tepat pada waktunya dan menghadiri setiap aktiviti yang diwajibkan kepada mereka.

"Jadi setiap pergerakan pemain akan kita ketahui. Ini penting untuk memastikan pemain betul-betul fokus untuk memperbaiki kelemahan diri dalam usaha memburu tiga piala musim ini," katanya.

Malah, beliau meminta pemain supaya tidak terlalu  selesa dengan keadaan sekarang dan perlu menunjukkan komitmen serta disiplin tinggi ketika di padang.

"Sekarang tiada lagi masalah gaji, jadi setiap pemain tidak perlu bimbang. Mereka hanya perlu fokus main bola sahaja dan sentiasa ada sikap mahu menang dalam setiap perlawanan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai penubuhan jawatankuasa tersebut, Vida berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Kafa pada Selasa ini bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan umum secara terperinci mengenai jawatankuasa khas itu selepas pertemuan dengan Kafa pada Selasa," katanya.

Terdahulu, Kelantan sekadar berkongsi mata dengan tuan rumah Perak selepas terikat seri 0-0 pada aksi pembuka tirai Liga Super malam Sabtu.

Walaupun pasukan tajaannya hanya seri tanpa jaringan, Vida tetap berpuas hati dengan keputusan tersebut.

"Keputusan itu boleh dianggap sebagai satu kebanggaan kepada pasukan ini kerana sekurang-kurangnya kita tidak kalah di gelanggang lawan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan