EPL: Tottenham Malukan Man City, Naik Ke Posisi Kedua Carta - Bola Sepak | mStar

EPL: Tottenham Malukan Man City, Naik Ke Posisi Kedua Carta

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 8:11 AM

Christian Eriksen (kiri) bersama rakan sepasukannya Harry Kane meraikan gol kemenangan selepas berjaya mendahului tuan rumah Manchester City, 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

TOTTENHAM Hotspur kembali menunjukkan taringnya dengan memalukan pasukan elit Manchester City 2-1 di Stadium Etihad, dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Isnin.

Keputusan ini membawa Tottenham yang diasuh Mauricio Pochettino berada di posisi kedua dengan 51 mata, ketinggalan dua mata dari di belakang Leicester City (53 mata) yang kini mendahului carta liga.

Tottenham terlebih dahulu mendahului menerusi sepakan penalti oleh Harry Kane pada minit ke-53. Penalti diberikan setelah lengan Raheem Sterling terkena bola.

Namun, pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol Kelechi Iheanacho minit ke-74 yang memanfaatkan umpan Gael Clichy.

Gol penentu kemenangan Tottenham disumbat masuk oleh pemain ganti, Christian Eriksen pada minit ke-83.

Keputusan ini semakin menyukarkan Manchester City untuk bersaing merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini dengan kini berada di kedudukan keempat (47 mata) di belakang Arsenal yang mengumpul 51 mata.

Susunan pemain:

Manchester City: 1-Joe Hart; 5-Pablo Zabaleta, 4-Vincent Kompany, 30-Nicolas Otamendi, 22-Gael Clichy (11-Aleksandar Kolarov 75'); 6-Fernando (72-Kelechi Iheanacho 66'), 25-Fernandinho; 21-David Silva, 42-Yaya Toure, 7-Raheem Sterling; 10-Sergio Aguero.

Tottenham Hotspur: 1-Hugo Lloris; 2-Kyle Walker, 4-Toby Alderweireld, 27-Kevin Wimmer, 3-Danny Rose; 15-Eric Dier, 19-Mousa Dembele; 7-Son Heung-min (28-Tom Carroll 72'), 23-Christian Eriksen, 20-Dele Alli (11-Erik Lamela 81'); 10-Harry Kane (22-Nacer Chadli 88').
Tags / Kata Kunci: EPL , Liga Perdana Inggeris
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan