PBAT Janji Bayar Tunggakan Gaji Pemain Dalam Tempoh Sebulan

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 7:39 PM

Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Angkatan TenteraMalaysia (PBAT) berjanji akan membayar tunggakan gaji pemain dalam tempoh sebulan atau tidak melangkaui 90 hari yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Presiden PBAT merangkap Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mengakui pihaknya lewat membayar gaji ekoran beberapa masalah teknikal.

Raja Mohamed Affandi bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah keseluruhan tunggakan gaji pemain itu.   

Beliau juga tidak menyatakan tarikh akhir tempoh 90 hari bayaran tunggakan gaji pemain seperti syarat yang diberikan FAM kerana masih belum menerima surat rasmi daripada badan induk itu.

"Kami akui memang ada kelewatan dari segi bayaran gaji kerana beberapa masalah teknikal. Kita tidak pandang remeh hal ini kerana ia melibatkan wang dan kesejahteraan hidup mereka. Kami akan usaha selesaikan dalam masa 90 hari seperti yang FAM beri.

"Bayaran akan diberikan mengikut perjanjian yang dimeterai bersama pemaindan FAM...masalah gaji kita anggap dapat diselesaikan kerana ia akan dibuat dalam masa sebulan," katanya kepada pemberita di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, Isnin. 

Raja Mohamed Affandi berkata pihaknya akan memanggil pemain dan pembayaran gaji mereka akan dibayar mengikut terma perjanjian yang ditandatangani mereka.

Selasa lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Izham Ismail meminta PBAT melunaskan tunggakan gaji pemain berjumlah RM3.7 juta. 

Tunggakan melibatkan 15 pemain ATM itu didapati mempunyai dua kontrak, Kontrak A iaitu kontrak rasmi yang disahkan FAM dan Kontrak B melibatkan ATM dan pemain sahaja, yang mempunyai jumlah gaji berbeza.

Difahamkan, jumlah gaji dalam Kontrak B adalah lebih tinggi berbanding Kontrak A, dan ia adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam kancah bola sepak tanah air.

Dalam perkembangan lain, PBAT mengambil inisiatif baharu dengan menubuhkan Akademi Bola Sepak ATM melibatkan 61 pemain muda berusia antara 16 dan 17 tahun.

"Pemain akan ditempatkan di Kem Terendak, Melaka, di mana mereka diberikan asrama dan elaun bulanan. Saya harap pada tahun hadapan jumlah itu akan meningkat kepada 120 orang dan akan memberikan nafas baharu bagi arena bolasepak negara. 

"Mereka bukan dilatih hanya untuk berkhidmat dengan ATM, sebaliknya mereka boleh beraksi dengan mana-mana pasukan. Kita tidak bataskan peluang mereka,"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: ATM , tunggakan gaji

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan