Kesilapan Individu Punca Kedah Tewas - TCH

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 8:36 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berpuas hati dengan corak permainan anak didiknya ketika mereka tewas 2-0 kepada Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada Sabtu.

Menurutnya, pemain telah beraksi seperti yang dikehendaki barisan jurulatih walaupun keputusan tidak memihak kepada skuad Helang Merah.

Bagaimanapun jelas beliau, tuan rumah berjaya menghasilkan jaringan akibat kesilapan individu yang akan diperbaiki secepat mungkin.

"Saya tidak risau kita kalah kepada Felda United, kerana pemain beraksi seperti yang dirancang. Tetapi dua kesilapan secara individu telah mengakibatkan kita berputih mata. Ini adalah perlawanan sulung dan masih ada baki 21 perlawanan lagi untuk memperbaiki kedudukan kita di tempat terbawah Liga Super.

"Barisan serangan yang diterajui muka baru juga kelihatan kurang serasi dalam perlawanan pertama mereka dan berikutan itu kita gagal menghasilkan jaringan.

"Sekarang pemain hanya ada satu matlamat iaitu mendaki ke kelompok teratas liga. Mereka perlu meningkatkan lagi prestasi terutamanya di hadapan gol ketika bertemu Terengganu di Stadium Darulaman pada Selasa (esok)," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, dalam perlawanan kedua Liga Super itu, barisan serangan perlu memperbaiki kelemahan dengan pantas dan kembali mencipta gol untuk mengubah kedudukan pasukan di kedudukan liga.

"Saya yakin barisan serangan akan kembali mantap dalam perlawanan Selasa ini dengan wujudnya persefahaman yang lebih baik ketika mengatur serangan.

"Jika dilihat dalam perlawanan bertemu Felda, kita memberi tekanan kepada lawan menerusi serangan bertali arus. Tetapi masih gagal mencipta gol walaupun mendapat banyak peluang.

"Dalam sesi latihan pada Isnin, saya akan berusaha memperbaiki segala kelemahan bagi memastikan kita berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan di tempat sendiri," tegasnya.

Cheng Hoe memberitahu, kehadiran penyokong yang akan memenuhi stadium antara tonik terbaik untuk pemain bangkit mendapatkan kemenangan pertama.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan