Isu Stadium: Kelantan Terima Kunjungan PDRM - Annuar Musa

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru sedia menerima kunjungan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Super 2016 yang akan berlangsung pada Selasa.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, jawatankuasa pertandingan di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberi kelulusan agar stadium berkenaan digunakan untuk perlawanan antara PDRM menentang  pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

"Stadium sedia digunakan, FAM dah luluskan supaya stadium itu digunakan untuk perlawanan sambil kita lakukan penambahbaikan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Bagaimanapun Annuar mengakui bahawa beberapa isu keselamatan yang dibangkitkan oleh FAM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) baru-baru ini masih belum diatasi sepenuhnya.

"Belum (selesai), sedang dalam proses penambahbaikan. Anda pun tahu stadium itu lama dan ia di luar kuasa kita, itu milik Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) di bawah kerajaan negeri Kelantan.

"Stadium diperiksa oleh jawatankuasa pertandingan FAM. Mereka buat pengesyoran dan ia dalam tindakan PSK," katanya.

Baru-baru ini JBPM dilaporkan mengesan beberapa kelemahan dan keadaan tidak selamat di Stadium Muhammad IV.

Menurut Pengarah JBPM Kelantan, Azmi Osman, antara yang dikesan dalam pemeriksaan mengejut pihaknya ialah tahap keselamatan seperti kawalan keselamatan laluan keluar masuk, sistem pendawaian, laluan kecemasan yang terhad dan sebagainya.

Diminta mengulas mengenai status stadium merah jambu Kelantan, Annuar berkata pihaknya masih gagal mendapatkan warna tepat seperti yang diidamkan Penasihat Kehormat Kafa, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

"Berlaku kelewatan sedikit sebab beliau tak nak guna cat yang biasa. Namun proses baik pulih dan pengindahan stadium seperti yang diinginkan Datuk Seri Vida sedang berjalan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Liga Super 2016

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan