Malaysia Akhiri Kempen Futsal AFC Tanpa Kemenangan

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 10:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia gagal mencipta kemenangan di Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila tewas 2-6 kepada Qatar dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di di Tashkent, Uzbekistan, Isnin.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan jurulatih dari Brazil, Marcelo Serpa menduduki tangga terakhir kumpulan selepas tewas dalam semua tiga perlawanan mereka, sekali gus gagal mara ke suku akhir.

Dalam perlawanan hari ini, Malaysia mendahului seawal minit kedua menerusi Akmalrulnizam Mohd Idris sebelum Qatar menyamakan kedudukan hasil gol Mohamed Ali seminit selepas itu.

Saad Bilal Al-Shahwani menambah jaringan lawan pada minit kelima diikuti dua gol Hadi Jaber Al-Braidi pada minit kesembilan dan 26 manakala Afif Asyraf Muhammad Halil mendapatkan gol kedua Malaysia pada minit ke-18.

Lucas Oliviera menyumbang dua gol Qatar pada minit ke-39 dan 40 untuk menjadikan kedudukan muktamad 6-2 bagi membolehkan pasukannya menduduki tempat ketiga dalam kumpulan itu dengan satu kemenangan.

Terdahulu Jepun menewaskan Australia 3-1 untuk menduduki tangga teratas Kumpulan D dengan sembilan mata selepas menang ketiga-tiga perlawanan mereka manakala Australia kedua dengan enam mata.

Kedua-dua pasukan sudah mengesahkantiket ke suku akhir sebelum perlawanan itu.

Malaysia tewas 1-2 di tangan Australia dalam perlawanan pembukaan pada Khamis lepas sebelum dibelasah 1-11 oleh Jepun, Sabtu lalu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala AFC , Futsal

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan