Legenda Man United Sakit Buah Pinggang

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 9:36 AM

(Ubah saiz teks)

LEGENDA Manchester United, Andy Cole mengakui sedang berperang dengan penyakit buah pinggang yang dihadapi tanpa pengetahuan peminat.

Bekas pemain England itu turut mendedahkan hanya 20 peratus buah pinggangnya berfungsi ketika ini.

Cole, 44, berkata, dia mula menjalani rawatan dan mengambil ubat-ubatan sejak pertengahan tahun lalu.

"Saya masih ingat apabila saya berkata kepada anak-anak bahawa saya berjanji tidak akan menaikkan berat badan kerana ramai berkata pemain bola sepak hanya tahu makan dan minum selepas tidak lagi bersukan.

"Tapi kini bentuk badan saya berubah sepenuhnya. Ia membuatkan saya malu untuk berada di depan cermin. Inilah kesakitan yang sedang saya lalui," jelasnya.

Tambahnnya, rahsia mengenai penyakit itu  disimpan sejak lebih enam bulan lalu walaupun keadaan fizikalnya telah berubah.

"Orang yang lihat saya tahu bahawa saya sedang sakit, fizikal tidak dapat disembunyikan lagi," luahnya.

Tags / Kata Kunci: Andy Cole , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan