Zidane Enggan Jual Varane Kepada Mourinho

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 8:30 AM

Raphael Varane.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan beliaut tidak akan menjual pemain pertahanan, Raphael Varane meskipun timbul khabar angin mendakwa pemain itu menjadi sasaran Jose Mourinho andainya dia membimbing Manchester United musim depan.

Bekas pengurus Chelsea itu secara terbuka menyatakan minatnya untuk mengendali United.

Malah, Mourinho disebut-sebut sebagai pengganti Pengurus Manchester United, Louis van Gaal yang berdepan tekanan memuncak selepas pasukan itu berdepan prestasi hambar pada musim ini.

Lebih buruk lagi, United kini menduduki tangga kelima liga, ketinggalan enam mata di belakang Manchester City.

Kedudukan tersebut menyebabkan Van Gaal terpaksa menyusun strategi berkesan bagi membolehkan United melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Varane menyertai Real daripada Lens pada 2011 ketika kelab itu dibimbing Mourinho.

Kerjasama yang pernah terjalin di antara mereka menguatkan lagi dakwaan bahaawa Varane akan bersatu kembali dengan Mourinho pada musim depan.

Bagaimanapun, Zidane yang tampak makin selesa di Los Blancos selepas menggantikan Rafa Benitez bulan lalu, mengesahkan betapa Varane adalah pemain utama dalam perancangannya.

"Sudah menjadi perkara biasa Mourinho akan mengambil Raphael, dia tahu pemain itu bagus, sebab itu dia membelinya,'' kata Zidane.




iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan