"Jangan Tanya Saya Soal Musim Depan" - Van Gaal

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 7:50 AM

Louis van Gaal.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Louis van Gaal masih tidak pasti mengenai masa depannya di Old Trafford pada musim depan sekiranya Manchester United gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara.

United kini menduduki tangga kelima liga, ketinggalan enam mata di belakang Manchester City yang berada di tempat keempat liga.

"Jangan tanya saya. Saya fikir ini bukan soalan untuk saya. Ia adalah persoalan untuk lembaga pengarah Manchester United, anda harus bertanyakan kepada mereka.

"Saya masih lagi mempunyai kontrak selama tiga tahun dan anda pun tahu mengenainya," kata Van Gall.

Bekas Pengurus Chelsea, Jose Mourinho dikaitkan bakal menyertai United tetapi  Van Gaal yang mendakwa media mensensasikan khabar angin itu tidak kisah jika kelab tersebut enggan menafikan perkara berkenaan.

"Saya sudah katakan beberapa kali bukan semua media tapi banyak media mereka cerita dan anda tidak perlu menjawab khabar angin tersebut.

"Saya hanya boleh katakan bahawa saya telah bercakap dengan Ed Woodward dan saya tidak boleh bayangkan bahawa mereka bercakap antara satu sama lain. Saya fikir jika mereka bercakap dengan pengurus lain, mereka akan beritahu saya kerana hubungan kita seperti itu.

"Saya bukan sahaja ada hubungan rapat dengan Ed tetapi juga keluarga Glazers. Dan sebab itulah saya marah dengan semua publisiti murahan. Saya telah dipecat sebanyak tiga kali dan kali ini ia mengenai rundingan bermula dengan Mourinho," kata Van Gaal.

United yang berada di kedudukan kelima liga akan menentang Sunderland pada Sabtu.




 

Tags / Kata Kunci: Louis van Gaal , Manchester United

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan