Bekas Setiausaha Agung FIFA Digantung 12 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 12:29 PM

Jerome Valcke.

(Ubah saiz teks)

ZURICH: Tribunal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat mengambil keputusan menggantung bekas setiausaha agungnya, Jerome Valcke selama 12 tahun atas kesalahan salah laku.

Hakim Etikanya, Hans-Joachim Eckert mendapati Valcke terlibat dalam penipuan penjualan tiket, perjanjian hak penyiaran televisyen Piala Dunia dan tindakannya memusnahkan bukti.

"Valcke bertindak bertentangan dengan kepentingan terbaik FIFA dan menjejaskan kewangan FIFA, manakala kepentingan peribadi mengurangkan keupayaannya untuk melaksanakan tugas sebagai Ketua Setiausaha FIFA dengan bertanggungjawab," kata jawatan etika badan induk itu dalam satu kenyataan.

Bekas orang kanan kepada presiden FIFA Sepp Blatter itu turut didenda 100,000 Swiss francs.

Warga Perancis berusia 55 tahun itu menafikan sebarang salah laku selepas terbabit dalam penjualan tiket pasaran gelap untuk Piala Dunia 2014.

Pada asalnya, Valcke hanya digantung selama sembilan tahun.

Kenyataan FIFA bagaimanapun berkata jawatankuasa etika terpaksa menyiasat beberapa tuduhan lain selepas timbul beberapa salah laku lain sepanjang tempoh 10 tahun perkhidmatannya.

"Kami mengenal pasti wujud penyalahgunaan berhubung dasar perbelanjaan perjalanan FIFA dan peraturan, kes-kes membabitkan pihak berkaitan dan isu penjualan hak penyiaran TV dan hak media lain, dan pemusnahan bukti," menurut kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Jerome Valcke , FIFA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan