Liga Perdana: Singa Utara Mengaum Di Kangar

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 7:00 AM

Pemain Perlis meraikan gol kedua jaringan Mohd Alafi (dua, kanan) pada minit ke-9 ketika menentang ATM pada saingan bola sepak Liga Perdana 2016 di Stadium Tuanku Syed Putra malam Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan kendalian bekas jurulatih kebangsaan Dollah Salleh, Perlis melaungkan amaran awal mencabar kejuaraan Liga Perdana apabila membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 6-1 pada aksi pembukaan malam Jumaat.

Aksi di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar menyaksikan skuad Singa Utara yang kembali ke saingan Liga Perdana musim ini membuka jaringan seawal minit kedua menerusi bekas pertahanan import ATM dari Nigeria, Obinna Nwaneri sebelum Mohd Alafi Mahmud menggandakan jaringan tujuh minit kemudian.

Penyerang kebangsaan New Zealand, Kayne Vincent menambahkan keperitan ATM apabila menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-20 dan 36 selain jaringan Mohd Afif Amiruddin pada minit ke-30 dan Sadam Hashim pada minit ke-45.

Mohd Zaironi Yusof menghasilkan gol tunggal ATM lima minit selepas babak kedua bermula tapi belum cukup untuk menghalang tuan rumah menang besar 6-1, bagi melonjak ke tangga teratas carta.

Pasukan UiTM FC pula menduduki tangga kedua selepas membenam Sabah 4-1 di Stadium UiTM, Shah Alam hasil sentuhan penyerang import dari Uzbekistan, Pavel Purishkin yang melengkapkan hatrik dalam aksi pertamanya dalam Liga Perdana.

Purishkin menghasilkan golnya pada minit ke-31, 73 dan 89 manakala satu lagi jaringan disumbangkan pemain import dari Brazil, Eliel da Cruz pada minit ke-81.

Gol sagu hati Sabah dijaringkan penyerang import dari Nigeria, Prince Nnake pada minit ke-50.

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, DRB Hicom FC mengejutkan tuan rumah, Johor Darul Ta'zim (JDT) II dengan kemenangan 3-1 menerusi jaringan Mohammad Nazri Kamal pada minit ke-12, Ivan Babic (m33) dan Kim Jin-yong (m78) manakala gol tunggal JDT dijaringkan pemain import dari Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-27.

PKNS FC yang menggunakan Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai laman sendiri kalah tipis 0-1 kepada Kuala Lumpur menerusi sentuhan penyerang import baharu pasukan pelawat dari Brazil, Anselmo Da Silva pada minit ke-65.

Sementara itu, Negeri Sembilan gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Kuantan FA.

Pengadil, Zulkifli Ahmad turut melayangkan kad merah kepada Hariri Safii dan Hazwan Fakrullah, masing-masing dari Negeri Sembilan dan Kuantan FA pada minit ke-61 berikutan insiden pergaduhan yang menyebabkan perlawanan terhenti seketika.

Terdahulu penyerang import dari Australia, Andrew Nabbout meletakkan pasukan tuan rumah dihadapan pada minit ke-33, namun penyerang dari Ivory Coast, Dao Bakary menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-53 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Sime Darby FC turut mencatat keputusan seri apabila terikat 2-2 dengan Melaka United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pemain import dari Ivory Coast, Frederic Pooda meletakkan tuan rumah di hadapan sebanyak dua kali menerusi jaringan pada minit kedua dan 25 sebelum skuad Sang Kancil menyamakan kedudukan menerusi Balsa Bozovic (m18) dan Nurshamil Abdul Ghani (m90). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Perlis , Liga Perdana

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan