Jurulatih Kedah Bimbang

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 9:45 AM

Tan Cheng Hoe.

(Ubah saiz teks)

KETUA Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe melahirkan kebimbangan jika pemain skuad Helang Merah gagal mengawal 'penyakit' yang sering dihadapi pemain bola sepak dalam perlawanan pertama selepas berehat panjang.

Dalam aksi pembukaan Liga Super pada Sabtu, Kedah turun sebagai tetamu kepada skuad Felda United yang dibimbing oleh Irfan Bakti Abu Salim di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Bagaimanapun, Cheng Hoe bimbang sekiranya barisan pemain gagal membuang rasa gugup di tempat lawan dan memberi peluang kepada Felda menembusi tembok pertahanan untuk mencipta gol.

“Pemain berada dalam keadaan sedia ketika ini, tetapi saya harap mereka tidak gugup dalam perlawanan itu kerana ini adalah 'penyakit' yang sering menyerang mana-mana pemain di seluruh dunia dalam perlawanan pertama.

“Mereka perlu mengawal mental dan memberi perhatian dalam perlawanan itu supaya pasukan tuan rumah tidak bebas dan mudah mencipta gol," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, beliau tidak perlu memikirkan kekuatan ataupun kelemahan lawan kerana kesempurnaan barisan pemainnya beraksi akan menentukan sama ada mereka akan pulang dengan tiga mata penuh ataupun sebaliknya.

“Kemahuan mengatasi lawan pada perlawanan malam ini tidak boleh dinafikan kerana kini kemahuan untuk berada dalam kesebelasan utama akan menjelmakan permainan terbaik dengan kewibawaan sebenar setiap pemain setiap kali mereka beraksi.

“Saya juga dapat lihat muka-muka baru dalam pasukan Kedah musim ini tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri mereka dengan corak permainan kita. Gandingan barisan pemain muda dengan barisan pemain berpengalaman pasti akan merancakkan lagi rentak permainan kami.

“Pemain saya mengetahui tidak ada lawan yang mudah tanpa kerja keras dan kesungguhan daripada kesebelasan pemain yang beraksi dan reaksi inilah saya dapat lihat daripada kesemua pemain ketika mengharungi enam perlawanan ujian sebelum ini.

"Saya berharap, kita dapat membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan ini sebagai bekalan ke perlawanan kedua selepas ini," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Kedah , Felda United , Liga Super

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan