Pemain Kedah Tidak Diberi Pilihan - Ketua Pasukan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 12:30 PM

Khyrul Helmi Johari.

(Ubah saiz teks)

BARISAN pemain Kedah tidak mempunyai pilihan selain membawa pulang tiga mata penuh ketika bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bagi menentang skuad Felda united pada Sabtu.

Ketua pasukan skuad Helang merah, Khyrul Helmi Johari berkata, matlamat itu mampu diperolehi berdasarkan semangat dan komitmen tinggi daripada rakan sepasukan sepanjang sesi latihan dan persiapan sejak awal Februari lalu.

“Tidak kira ketika beraksi pada enam perlawanan ujian atau latihan setiap petang, semua pemain menunjukkan komitmen dan kesungguhan serta tidak melepaskan peluang untuk membuktikan kewibawaan sebenar mereka.

“Persaingan sengit secara sihat antara pemain antara faktor terbaik Kedah mampu melakar kemenangan pertama dalam perlawanan sulung itu nanti.

“Sekarang pemain tahu bahawa nama atau pengalaman yang dimiliki tidak menjamin kedudukan mereka dalam kesebelasan utama tetapi hanya prestasi konsisten dengan aksi terbaik sahaja mampu membawa mereka ke dalam pandang," katanya kepada mStar Online.

Khyrul Helmi menambah, setelah menjalani latihan selama 40 hari lalu, keadaan fizikal dan mental pemain berada pada tahap terbaik dan mereka kelihatan  bersedia untuk mengharungi Liga Super musim ini yang pasti lebih sengit dan mencabar.

“Kami sedar tentang status pendatang baru Liga Super, sebab itu kami tidak menaruh harapan tinggi untuk menjuarai liga. Tetapi ini tidak menghalang kami untuk mengakhiri musim ini dengan berada di takhta teratas liga.

"Kehadiran Carlos Kahe yang mengantikan Chidi Edeh sebagai penyerang utama serta lima pemain muda dari skuad Harimau Muda sudah pasti memantapkan lagi pasukan Kedah dan akan memberi cabaran kepada lawan.

“Mereka (muka baru) seolah-oleh telah serasi dengan corak permainan yang diterapkan oleh Ketua Jurulatih, tan Cheng Hoe sejak musim lalu kepada kami.

"Mungkin lebih ini mereka akan menjadi lebih baik untuk memastikan kejayaan menjadi milik kita," ujarnya.


Tags / Kata Kunci: Kedah , Khyrul Helmi Johari

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan