Prestasi Hambar Tidak Jejas Rekod United Raih Pendapatan 500 Juta Pound Setahun

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 8:06 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bakal menjadi kelab Inggeris pertama meraih pendapatan lebih 500 juta pound (RM2995.5 juta) dalam tempoh setahun walaupun menunjukkan pretasi hambar pada aksi Liga Perdana Inggeris dan tersingkir awal dari saingan Liga Juara-Juara.

United mengumumkan keputusan kewangan suku tahun kedua pada Khamis bahawa mereka berharap dapat mencapai pendapatan bagi tahun itu mencecah 500-510 juta pound (RM2995.5 - RM3055 juta).

Tiada kelab di Britain yang mencipta sejarah dengan merekodkan jumlah pendapatan tertinggi itu.

United berkata pihaknya menjangkakan kadar keuntungan sebelum cukai, faedah dan susut nilai daripada 178 juta pound (RM1.12 bilion) kepada 188 juta pound (RM1.18 bilion) untuk tahun ini, berbanding jangkaan awal hanya sebanyak 165 juta pound (RM1.03 bilion) hingga 175 juta pound (RM1.10 bilion).

United yang juga juara EPL sebanyak 20 kali dan kini menghuni tangga kelima liga, berkata keuntungan untuk tiga bulan terakhir sehingga 31 Disember lalu meningkat kepada 133.8 juta pound (RM842 juta).

Kelab tersebut yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Glazers, kini ketinggalan enam mata berbanding pasukan tangga keempat Manchester City.

Walaupun melalui tempoh peralihan yang buruk sejak persaraan pengurus Alex Ferguson pada tahun 2013, keupayaan United untuk melonjakkan pendapatan luar padang terus meningkat.
Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan