"Jangan Panik, Stadium Selamat" - PSK

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 12:13 PM

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida semasa melakukan lawatan ke stadium tersebut bulan lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jangan panik. Itu nasihat Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) kepada penyokong pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) susulan dakwaan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, tidak selamat untuk digunakan pada aksi sepak mula Liga Super musim ini.

Setiausaha Perbadanan PSK, Azi Rahimee Mohamed memberi jaminan stadium tersebut sebenarnya selamat untuk digunakan dan hanya memerlukan beberapa penambahbaikan dari aspek keselamatan penonton.

"Saya beri jaminan stadium ini selamat untuk digunakan. Saya dimaklumkan hanya beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan.

"Namun kelemahan yang dikenal pasti hanyalah minor seperti alat pemadam api tidak diletakkan di setiap pintu keluar dari stadium," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai ketiadaan alat pemadam api itu, Azi Rahimee berkata, kebanyakan peralatan tersebut rosak akibat kegiatan vandalisme.

"Bukan kita tak letak, tapi setiap kali letak alat itu akan dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. Kita juga sudah ada beberapa alternatif untuk penonton sekiranya  berlaku insiden seperti kebakaran," katanya.

Stadium Sultan Muhammad IV.

Susulan amaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azi Rahimee berkata, PKS sedia meningkatkan ciri-ciri keselamatan seperti yang disyorkan jabatan itu bagi memastikan tahap keselamatan penyokong terjamin.

"Kita sudah lakukan pemeriksaan di sekitar stadium dan akan lakukan penambahbaikan dengan kadar segera seperti yang disarankan pihak bomba. Keselamatan penyokong sentiasa menjadi keutamaan kami," katanya.

Jelas beliau, setakat ini, pihaknya masih belum menerima laporan penuh mengenai stadium itu daripada pihak bomba.

"Kita masih belum terima lagi laporan rasmi, tapi saya sudah dimaklumkan mengenai hasil pemeriksaan itu oleh Pengarah JBPM Kelantan, Azmi Osman.

"Saya harap laporan itu akan diterima pada Ahad ini dan kita boleh melakukan kerja penambahbaikan mengikut saranan JPBM," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan JPBM yang membawa pihak media semasa melakukan pemeriksaan mengejut di stadium berkenaan pada Rabu lalu.

"Saya terkejut apabila ada pegawai saya beritahu pihak bomba bawa media bersama semasa pemeriksaan tersebut.

"Saya rasa seelok-eloknya maklumkanlah kepada kami dahulu mengenai kelemahan yang ada pada stadium tersebut sebelum uar-uarkan kepada media," katanya.

Vida menunjukkan gambar stadium yang sudah diwarnakan dengan warna merah jambu.

Terdahulu, JBPM Kelantan mengesan beberapa kelemahan dan keadaan tidak selamat di Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurut Azmi, antara yang dikesan dalam pemeriksaan mengejut tersebut ialah tahap keselamatan seperti kawalan keselamatan laluan keluar masuk, sistem pendawaian, laluan kecemasan yang terhad dan sebagainya.

Pemeriksaan mengejut ke stadium berusia 49 tahun itu dibuat menjelang bermulanya saingan Liga Super, Sabtu ini.

Kelantan akan melayan kunjungan PDRM di Stadium Sultan Muhammad IV pada 16 Februari ini.

Buat masa ini, kerja mengecat masih lagi dilakukan di stadium tersebut dalam usaha mengubah wajah stadium keramat itu kepada merah jambu.

Sementara itu, penaja utama PQPTRW, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menyambut baik tindakan pihak bomba melakukan pemeriksaan ke stadium tersebut.

"Kenapa baharu sekarang nak buka mata? Walaupun pemeriksaan dilakukan pada saat akhir, bagus juga, sekurang-kurangnya langkah awal dapat diambil sebelum terlambat," katanya.

Malah, beliau berharap agar tindakan segera diambil pihak PKS untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku pada masa akan datang.



iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan