PQPTRW Perkenal Lima Jersi Baharu

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) secara rasmi memperkenalkan lima jersi baharu yang akan digunakan pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) sepanjang mengharungi aksi Liga Malaysia musim ini.

Jersi yang direka khas seperti yang dikehendaki penaja utamanya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menampilkan lima rekaan termasuk untuk penjaga gol dengan tiga edisi iaitu 'Supra Player', Millenia dan Mantera.

Jersi berkualiti tinggi iaitu edisi 'Supra Player' dijual pada harga RM168 sehelai, Millenia berharga RM98 manakala Mantera pula pada serendah RM68.

Harga ketiga-tiga edisi jersi tersebut hanya dibezakan dengan kualiti fabrik tetapi masih dilengkapi teknologi anti bakteria dan pelindung UV.

Vida bersama suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin menggayakan jersi terbaharu PQPTRW berwarna merah jambu.

Setiap edisi mempunyai dua jersi yang akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri dan dua lagi di gelanggang lawan.

Jersi berwarna tradisi Kelantan merah-putih dan merah jambu-putih akan digunakan di gelanggang sendiri, manakala gabungan warna merah jambu serta hitam dan putih sahaja di tempat lawan.

Wajah lima jersi terbaharu PQPTRW.

Majlis pelancaran jersi di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Baru pada petang Khamis turut dimeriahkan dengan tayangan montaj yang menggunakan sentuhan warna merah jambu bagi mempromosikan jersi terbaharu itu.

Tayangan montaj berdurasi kira-kira 1 minit 56 saat itu dihasilkan menggunakan teknik pengimejan berkomputer (CGI) seolah-olah menunjukkan jersi tersebut diturunkan dari angkasa lepas.

Jersi baharu PQPTRW itu merupakan sebahagian daripada transformasi yang dilakukan Vida untuk memantapkan pasukan itu pada musim ini.

Ia akan digunakan buat julung kalinya pada perlawanan pertama Liga Super antara Kelantan menentang Perak di Stadium Ipoh, Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: Kafa , jersi baharu , PQPTRW

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan