Teka-Teki Rekaan Eksklusif Jersi PQPTRW Diketahui Petang Ini

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penantian pelbagai pihak terutama penyokong pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) untuk melihat jersi terbaharu yang bakal disarung pemain Kelantan ketika beraksi sepanjang musim Liga Malaysia ini akan berakhir apabila ia ditampilkan buat pertama kali untuk tatapan umum, pada petang Khamis ini.

Majlis pelancaran jersi terbaharu menggunakan jenama DSV (Datuk Seri Vida) itu akan diadakan di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Baru kira-kira pukul 2 petang Khamis.

Namun apa yang lebih mengujakan adalah kemunculan jersi utama pasukan itu yang berwarna merah jambu, cetusan idea penaja utamanya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida.

Terdahulu, Vida memberitahu mStar Online bahawa pasukan Kelantan akan menyarung jersi jenama DSV yang menampilkan empat rekaan bagi edisi Milennia dan edisi pemain dengan kualiti fabrik bertaraf lapan bintang bagi menghadapi aksi Liga Malaysia musim ini.

Jersi edisi Millenia akan dijual pada harga RM98 sehelai manakala edisi pemain pula berharga RM168.

Jelas Vida, daripada empat rekaannya itu, jersi tradisi Kelantan merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri, sementara warna merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan PQPTRW di tempat lawan.

Lebih menarik, jersi PQPTRW musim ini mempunyai keunikan tersendiri apabila dikatakan mampu melancarkan aliran darah dan memutihkan kulit si pemakai yang dihasilkan menggunakan teknologi terkini.

Malah, jersi tersebut direka khas menggunakan benang khas yang ditempah khas dari tiga kilang China, Thailand dan Vietnam yang berupaya menguruskan badan.

"Jersi ini mampu bertindak melancarkan aliran darah dan menghasilkan kelembapan daripada peluh, selain mampu membakar lemak.

"Ia juga berupaya menjadikan kulit pemakainya kelihatan lebih putih semasa proses mengeringkan peluh terjadi, seolah-olah baharu selesai mandi wap atau sauna," katanya.

Jersi yang bakal disarung pemain Kelantan terus menjadi tanda tanya apabila Vida enggan mendedahkan lakaran sebenar jersi tersebut kerana mahu mengekalkan keeksklusifan dan memberi kejutan kepada penyokong.

Vida berkata beliau dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil pendekatan berhati-hati untuk mengelak kebocoran lakaran kit terbaharu itu.

Katanya, walaupun jersi itu belum berada di pasaran, langkah awal perlu diambil kerana enggan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab menciplak jersi terbaharu pasukan Kelantan.









Tags / Kata Kunci: Datuk Vida , jersi PQPTRW , Kafa

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan