Biar Giggs Ganti Van Gaal - Ferdinand

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 7:00 AM

Ryan Giggs.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand menyokong Ryan Giggs yang juga bekas rakan pasukannya di Old Trafford untuk menggantikan kerusi panas yang bakal ditinggalkan Louis van Gaal.

Malah, Ferdinand berpendapat Giggs merupakan individu yang paling layak untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Kedudukan van Gaal sebagai pengurus United masih samar berikutan penyingkiran pasukan itu daripada saingan Liga Juara-Juara dan hanya memenangi tiga aksi liga dalam 12 perlawanan.

Prestasi tidak menentu itu menyebabkan United tergelincir ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris.

Ferdinand yang berkhidmat selama 12 tahun di Old Trafford berkata Giggs mampu mengembalikan zaman kegemilangan United.

Namun, pada masa sama, beliau tidak menolak bekas Pengurus Chelsea, Jose Mourinho sebagai calon alternatif untuk memulihkan prestasi pasukan tersebut.

"Jangka masa pendek, Mourinho kelihatan sesuai. Dia seorang yang cemerlang dan berjaya membuktikan kehebatannya.

"Namun untuk tempoh jangka masa panjang, saya menyokong Giggs kerana dia faham falsafah kelab dan mengetahuinya. Saya rasa fikir sebahagian besar, elemen belia perlu diberi perhatian. Belia akan menyertai Manchester United kerana tahu mereka akan mendapat peluang dan itu perlu diteruskan.

"Jadi sesiapa sahaja yang mengambil alih kelab itu, mereka perlu tahu elemen belia memainkan peranan yang besar," katanya.






Tags / Kata Kunci: Ryan Giggs , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan