FMLLP Perlu Kaji Kegagalan Pasukan Jaga Kebajikan Pemain - Kafa

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 11:50 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) melihat secara mendalam isu kegagalan persatuan negeri menjaga kebajikan pemain terutama dalam pembayaran gaji.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata jika FMLLP mahu melihat sukan ini terus maju, ia perlu membuat kajian secara mendalam mengenai sesuatu tindakan yang diambil.

Katanya tidak banyak persatuan mempunyai dana yang mencukupi dengan kebanyakan persatuan bergantung kepada penajaan daripada syarikat dan individu yang sanggup menawarkan diri untuk terlibat dengan sukan ini.

"Kita tahu FMLLP komited dengan pembangunan sukan bola sepak negara ini, kita hormati pandangan mereka, cuma mereka perlu melihat sesuatu perkara itu secara mendalam lagi... ia bukan sekadar isu bayar dan singkir kerana pengurusan bola sepak tidak semudah itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jersi rasmi pasukan Kelantan di sini, Khamis.

FMLLP, entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia bermula musim ini, dilaporkan memberi amaran mahu menyingkirkan atau memotong mata tiga pasukan yang gagal melunaskan gaji pemain, dan memberi tempoh 90 hari kepada pasukan terlibat untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Tiga pasukan itu adalah Angkatan Tentera Malaysia, Kelantan dan Felda United yang membabitkan tunggakan gaji kira-kira RM4.32 juta bagi musim lepas.

Hadir sama pada majlis itu penaja utama pasukan Kelantan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida, Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah dan Pengarah Urusan Chengal Jati Datuk Shaari Hassan.

Terdahulu, KAFA melancarkan tiga jersi rasmi skuad itu bagi saingan Liga Malaysia.

Jersi itu menampilkan tiga versi iaitu 'Supra Player', 'Millenia' dan 'Mantera' yang akan dijual dengan harga berbeza antara RM68 dan RM168.

Jersi warna tradisi Kelantan merah-putih dan merah jambu-putih itu akan digunakan di gelanggang sendiri manakala gabungan warna merah jambu dan hitam serta biru bagi aksi di tempat lawan.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Kafa

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan