"Susah" - Fakri Saarani

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS penyerang Kelantan Ahmad Fakri Saarani yang kini bersama pasukan Kedah mengakui sukar untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad tersebut berikutan komitmen tinggi daripada setiap pemain.

Bekas pemain kebangsaan itu turut mengakui jaringan hatrik yang dihasilkan ketika Kedah membelasah pasukan Sungai Ara FC 6-0 dalam perlawanan pramusim belum cukup untuk membawanya ke dalam kesebelasan utama.

Menurutnya, nama dan jaringan gol yang telah dihasilkan tidak menjamin tempat dalam kesebelasan utama yang akan menentang Felda United di Jengka pada Sabtu ini, sebaliknya dia perlu meningkatkan lagi prestasi semasa.

"Untuk berada dalam kesebelasan utama Kedah bukanlah satu peluang yang mudah diperolehi, saya akui. Rekod saya yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dan beraksi di luar negara tidak memberi jaminan mudah.

"Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe mahukan komitmen dan prestasi terbaik daripada setiap pemain jika mereka ingin berada dalam kesebelasan utama.

"Persaingan di antara pemain begitu sengit dan sihat ketika ini. Ia satu petanda baik untuk pasukan dalam usaha merebut kejayaan," katanya kepada mStar Online.

Ahmad Fakri menambah, selepas sebulan bersama skuad Helang Merah, perhubungan dan persefahaman dirinya dengan rakan sepasukan semakin baik kerana mendapat layanan yang baik.

"Ramai pemain muda dalam pasukan Kedah seperti Farhan Roslan, Syafiq Ahmad, Syazwan Tajudin, Syazwan Asyraaf Mathew, Amirul Hisham Awang dan Abdul Halim Saari sedang mengintai peluang.

"Mereka sentiasa berusaha untuk menjadi pemain terbaik bagi mengambil tempat pemain berpengalaman dalam kesebelasan utama.

"Tidak ada masa untuk leka atau beraksi sambil lewa ketika menjalani latihan. Semua pemain perlu memastikan yang terbaik bukan ketika berdepan lawan sahaja malah ia perlu berterusan ketika menjalani latihan juga," jelasnya.

Menurutnya lagi, keyakinan pemain semakin meningkat untuk mendapat kejayaan pertama dalam Liga Super ketika bertandang ke Jengka pada Jumaat ini.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan