Isu Jersi Pasukan Kedah Belum Sampai Dijangka Selesai

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 5:08 PM

Jersi jenama Warrix digunakan pasukan Kedah musim 2015-2016.

(Ubah saiz teks)

HANYA tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum Liga M bermula tetapi kemelut pasukan Kedah yang belum menerima jersi baru untuk digunakan dalam perlawanan pertama menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Sabtu ini nampaknya dijangka selesai.

Ini kerana mStar Online dimaklumkan yang jersi baru pasukan Kedah itu akan tiba dari Thailand pada petang Rabu.

Sumber dalaman Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memberitahu, jersi tajaan pengeluar barangan sukan yang berpangkalan di Thailand iaitu Warrix dijangka tiba di Alor Setar pada petang Rabu.

"Jersi dijangka tiba pada petang Rabu dan akan dilancarkan secepat mungkin untuk tatapan penyokong.

"Pelancaran mungkin akan dibuat pada Khamis di pusat mebeli-belah Aman Sentral sebelum pasukan Kedah bertolak ke Jengka pada Jumaat," kata sumber tersebut.

Majlis pelancaran jersi skuad Helang Merah sebelum ini dilapor akan dilancarkan pada minggu lalu di Aman Sentral, namun tiada sebarang pengumuman dibuat sehingga mencetuskan rasa resah di kalangan pemain dan penyokong.

Misteri jersi pasukan Kedah semakin menjadi tanda tanya apabila ia masih tidak dilancarkan sehingga ke hari ini sebelum anak didik Tan Cheng Hoe turun memulakan aksi pertama Liga Malaysia musim ini pada Sabtu.

Kedah bermain dalam Liga Super musim ini selepas muncul juara Liga Premier tahun lalu. Mereka juga merupakan naib juara Piala Malaysia.

Kejayaan ini mencetuskan minat baru yang mendalam terhadap perkembangan skuad Kedah.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memberitahu mStar Online, beliau akan cuba menyelesaikan apa jua isu berhubung perkembangan pasukan Kedah musim ini.

"Pemain dan jurulatih tidak perlu fikir mengenai apa-apa masalah, biar saya selesaikan. Mereka hanya perlu fokus untuk mendapatkan kemenangan dalam setiap perlawanan sahaja.

"Kejayaan Kedah penting kerana ia adalah harapan penyokong dan rakyat dari seluruh negeri termasuk saya sendiri. Kita perlu terus menjadi pasukan Kedah pasukan yang digeruni semua pasukan lain.

"Saya baharu sahaja mengambil alih kepimpinan negeri tetapi KFA ada timbalan presiden dan setiausaha kehormat. Jadi kebajikan pasukan tetap tidak akan diabaikan," ujar Ahmad Bashah.


Tags / Kata Kunci: Liga M , Stadium Tun Abdul Razak , Jengka , KFA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan