Wenger Yakin Arsenal Mampu Juarai EPL

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2016 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger yakin pasukannya mampu mengejar mata yang dimiliki Leicester City untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Keyakinan Wenger hadir selepas Arsenal berjaya menewaskan Bournemouth 2-0 untuk merapatkan jurang kepada lima mata.

"Kami masih di laluan (mengejar kejuaraan) tetapi Leicester adalah pasukan yang dijangka menjuarai liga.

"Pada minggu ini mereka menewaskan Liverpool dan Manchester City. Saya percaya kami mempunyai kualiti untuk menentang mereka," jelas Wenger.

Tambahnya, tiada yang mustahil untuk Arsenal menjuarai EPL jika pemain berusaha ke arahnya.

Tags / Kata Kunci: EPL , Arsenal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan