Mourinho Janji Kembali Secepat Mungkin - Bola Sepak | mStar

Mourinho Janji Kembali Secepat Mungkin

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 9:53 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho kembali 'membuka mulut' dengan mendedahkan bahawa dia akan kembali ke arena bola sepak secepat mungkin - dengan gaya lebih merendah diri.

Mourinho yang dipecat sebagai jurulatih Chelsea sejak enam minggu lalu mengakui hidupnya bagaikan tidak lengkap jika tidak berada di kerusi pengurus pasukan.

Jurulatih kelahiran Portugal berusia 53 tahun itu dikatakan semakin hampir dilantik sebagai pengganti Louis Van Gaal di Manchester United.

Dia juga mendedah untuk mengekalkan keluarganya di London dan tidak berpindah ke mana-mana.

"Saya sentiasa belajar. Tidak kira di dalam bola sepak atau dan kehidupan peribadi. Saya tidak sempurna dan perlu terus belajar.

"Mungkin sesetengah orang fikir saya bukan jenis yang merendah diri, tetapi tidak, saya sangat merendah diri dan sentiasa ingin belajar daripada mereka yang mengetahui lebih dari saya," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan