Hai-O Meniaga Sos Dan Bawang Goreng Selepas Gantung But

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Memulakan karier sebagai pemain bola sepak profesional di Terengganu, Hairuddin Omar bakal menamatkan status itu juga di negeri kelahirannya.

Hairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Hai-O mengakui Liga Malaysia musim ini adalah penampilan terakhirnya di padang selepas 19 tahun melalui pelbagai pengalaman pahit manis sebagai penyerang yang digeruni.

"Saya memang terfikir untuk bersara musim ini, tetapi selepas berbincang dengan pengurusan Terengganu, mereka memberi tawaran untuk bermain dan akhiri karier di sini.

"Ia merupakan satu penghargaan besar kepada saya untuk beraksi dengan pasukan negeri sendiri. Tidak dinafikan saya ada juga menerima beberapa tawaran dengan pasukan lain, tetapi  tumpuan saya adalah untuk berbakti di negeri sendiri, dan duit adalah perkara kedua," jelasnya kepada mStar Online.

Menurut Hai-O peluang ini adalah yang terbaik untuk mengakhiri karier panjang sebagai pemain profesional bersama pasukan pertamanya iaitu skuad belia pada tahun 1997-1998.

"Saya yakin Terengganu mempunyai skuad yang seimbang dan mampu memberi saingan kepada pasukan lain walaupun Liga Super musim ini sangat kompetitif. 

"Pastinya musim terakhir ini saya akan memberikan yang terbaik dan berharap agar Terengganu memenangi sekurang-kurangnya satu piala sekaligus mengakhiri karier ini dengan indah dan cemerlang," jelas bekas kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini.

Mengenai perancangannya selepas bersara, Hai-O berkata, perniagaannya berasaskan makanan seperti sos ikan bakar, sos tiga rasa, bawang goreng, tepung serbaguna dan sebagainya kini berjalan lancar.

"Alhamdullilah perniagaan semakin berkembang dan peluang bermain dengan Terengganu ini juga memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada bisnes ini," jelasnya ringkas mengenai produk keluarannya yang dikenali Adeqsu.

Hai-O yang menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selama setahun.

Selain bergelar pemain, Hai-O juga merupakan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).


Profil

Nama penuh: Hairuddin bin Omar

Tarikh Lahir:29 September 1979 (37 tahun)

Tempat lahir: Setiu, Terengganu, Malaysia

Posisi: Pemain tengah, penyerang

No. jersi: 20

Karier

1997-1998 Terengganu (Remaja)

1999–2002 Terengganu (senior) 

2003–2008 Pahang 

2009 - T-Team

2009→ Negeri Sembilan (pinjaman) 

2010-Kelantan

2011-Negeri Sembilan

2012-2015 ATM

2016 - Terengganu

Pemain Malaysia: 2000-2015 (110 kap, 30 gol)

Tags / Kata Kunci: Hairuddin Omar , Hai-O , Terengganu , PFAM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan