Selangor Tekad Rampas Gelaran Juara Liga Super

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Juara Piala Malaysia 2015, Selangor bertekad merampas gelaran juara Liga Super daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Dengan hanya berbaki seminggu sebelum Liga M membuka tirai, Selangor melaungkan amaran awal kepada pasukan lain bahawa pasukan berkenaan cukup bersedia menjulang kejuaraan tersebut.

Pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari berkata sasaran utama skuad Gergasi Merah itu adalah untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia, merampas gelaran Liga Super serta mempamerkan aksi terbaik pada Piala AFC.

"Dari segi persediaan, tumpuan bukan sahaja kepada latihan, malah kita turut menekankan aspek mengawal mental dan psikologi pemain untuk mengharungi cabaran bola sepak profesional ini. 

"Berdasarkan siri persahabatan dan kunjungan ke Thailand, kita sudah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesilapan, kita akan memperbaiki dalam masa seminggu ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan skuad Liga Super Selangor di sini Sabtu.

Amirudin yakin dengan kualiti yang ada pada pemain Selangor, mereka mampu mencapai sasaran tersebut. Beliau berkata Selangor yang akan memulakan cabaran berkunjung ke StadiumTan Sri Hassan Yunos, Larkin, bertemu JDT dalam aksi Piala Sumbangsih 2016, bersedia memberi saingan hebat kepada skuad Harimau Selatan itu.

"Memang ada tekanan terhadap pasukan, namun saya berharap pemain fokus dandengan pemain berkualiti yang kita miliki musim ini, saya percaya kita boleh cipta kejutan walaupun berdepan cabaran sengit di Larkin dengan sorakanpenyokong JDT yang memang hebat," katanya.

Piala Sumbangsih yang juga dikenali Piala Sultan Haji Ahmad Shah merupakankejohanan menyaksikan juara Liga Super bertemu juara Piala Malaysia, yang memasuki edisi ke-31 musim ini.

JDT merupakan juara Liga Super 2015.

Beliau turut mengesahkan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai laman sendiri pasukan Selangor untuk aksi Piala FA dan Liga Super sehingga 5 April berikutan Stadium Shah Alam kini sedang dibaik pulih.

Sementara itu, ketua jurulatih baharu pasukan itu, Zainal Abidin Hassan berkata pemain masih berusaha mendapatkan keserasian sebelum bertandang ke Larkin, Sabtu depan.

"Benteng pertahanan dan serangan perlu diberi lebih perhatian kerana kecuaian di pertahanan boleh menyebabkan kekalahan dan melepaskan peluang (menyerang) memberi kesan tidak baik.

Kedua-dua ini amat penting dan dalam masa seminggu ini, kita akan perbaiki," katanya.

Selangor yang kali terakhir menjuarai Liga Super pada 2010, membawa masuk Zainal Abidin bersama-sama empat pemain utama Pahang - penjaga gol Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid; pertahanan Mohd Razman Roslan serta pemain tengah, R.Gopinathan dan Mohd Hafiz Kamal, bagi memperkuatkan pasukan itu musim ini.

Pasukan itu turut diperkuatkan penyerang berbisa pasukan PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh dari Liberia dan Mauro Andres Olivi dari Argentina, selain Zarif Irfan Hashimuddin (AirAsia FC) dan Adam Nor Azlin (Harimau Muda).

Untuk rekod, Selangor menamatkan kemarau 10 tahun untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33, selain muncul naib juara Liga Super di belakang JDT,musim lepas.   

Senarai 23 pemain Selangor musim 2016:

Penjaga gol: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Muhd Zarif Irfan Hashimuddin,Norazlan Razali.
        
Pertahanan: Robert Cornthwaite (Australia), Mohd Azmi Muslim, Muhd ShahromAbd Kalam, Saiful Ridzuwan Selamat, Adam Nor Azlin, Mohd Bunyamin Umar, MohdRazman Roslan, Mohd Rizal Fahmi Rosid.

Pemain tengah: Andik Vermansah (Indonesia), Muhammad Nazmi Faiz Mansor, MohdRaimi Mohd Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Hafiz Kamal, S. Veenod,Mohd Fitri Shazwan Raduan, R. Gopinathan.
  
Penyerang: Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia), Mauro Andres Olivi(Argentina), Ahmad Hazwan Bakri, Abdul Hadi Yahya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Selangor , Liiga Super , Zainal Abidin Hassan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan