Man City Akan Dapatkan Neymar - Ronaldinho - Bola Sepak | mStar

Man City Akan Dapatkan Neymar - Ronaldinho

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 9:35 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City dijangka akan mendapatkan Neymar sebagai pemain pertama yang dibeli Pep Guardiola  pada musim depan.

Neymar, 24, merupakan pemain yang dikehendaki setiap pasukan dilapor boleh meninggalkan Barcelona dengan penebusan kontrak yang bernilai £145 juta.

Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho menjangka City akan membida Neymar kerana pemain itu telah memberi isyarat untuk bermain di bawah kendalian Guardiola sebelum ini.

"Neymar telah meluahkan hasratnya untuk bermain di bawah Guardiola.

"Itu adalah kenyataan besar ketika orang ramai tahu Guardiola akan menyertai City pada musim depan.

"Kita tahu mereka mampu membayar yuran pemindahan itu yang tidak dapat dilakukan oleh kelab-kelab lain," jelas Ronaldinho.

Tags / Kata Kunci: Neymar , Brazil
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan