Rita Sosilawati 'Buka Mulut' Isu Tajaan Pasukan Liga M

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 7:30 AM

Rita Sosilawati.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas dua minggu ‘mengunci mulut’, Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV), Erni Dekritawati Yuliana Buhari akhirnya bersuara mengenai soal penajaan dengan mahu memahami sukan bola sepak terlebih dahulu sebelum menaja mana-mana skuad supaya ia memberi pulangan kepada pelaburannya.

Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati berkata, pihaknya masih lagi meneliti hasrat untuk menjalinkan kerjasama itu.

Tambah anak sulung jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati itu, setakat ini tiada perbincangan dengan mana-mana pasukan dalam liga tempatan.

“Kami perlu memahami dan mendalami sukan bola sepak dan pulangan pelaburan (ROI) yang boleh membantu syarikatnya dalam situasi menang-menang.

“Tiada perubahan perancangan cuma yang melibatkan kerjasama bola sepak ini masih dalam penelitian dan saya tidak menolak sebarang kemungkinan positif.

“Setakat ni, saya masih lagi berkira-kira dan akan memutuskan perkara tersebut dalam masa terdekat,” katanya kepada mStar Online.

Rita bagaimanapun berkata, beliau masih memberi tumpuan kepada perniagaan dan beberapa promosi yang telah dirancang pada tahun ini tetap diteruskan.

“Perkara-perkara promosi yang telah dirancang lebih awal akan diteruskan seperti biasa dalam memperkembangkan lagi perniagaan saya,” ujar Rita.

Dua minggu lalu, Rita mendedahkan sebanyak tiga pasukan yang telah menghubungi beliau berhubung penajaan pada musim ini.

Walaupun masih berteka-teki, beliau bagaimanapun berhasrat menjadi penaja utama pasukan bola sepak atau sukan lain dengan syarat ia membawa pulangan setimpal untuk semua pihak terlibat.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan