Felda Pertaruh Pemain Muda Buru Kejuaraan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 9:01 AM

Jurulatih Felda United Irfan Bakti ditemui media pada majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain dan Pegawai Felda United 2016 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JENGKA: Sasaran sekurang-kurangnya satu kejuaraan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Felda United dalam saingan Liga Malaysia musim ini bukanlah tugas mudah buat pengendali kelab itu, Irfan Bakti Abu Salim.

Pengalaman luas ketua jurulatih The Fighters ini menjadi petunjuk dalam persaingan merebut kejuaraan bersama dengan 13 muka baharu  musim ini.

“Tidak banyak perbezaan skuad musim ini, cuma dua pemain import baharu untuk barisan tengah dan pertahanan.

“Saya terpaksa mengambil pemain baharu Gilberto Carlos Marangoni Filho (Brazil) bagi menggantikan Bojan Miladinovic bagi bahagian pertahanan, dan pemain Uzbekistan, Lutfulla Turaez di tengah.

“Setakat ini mereka sudah boleh menyesuaikan diri dengan pemain-pemain lain.

"Cuma tiga pemain import saya mengalami kecederaan ringan dan sebab itu saya tidak mahu mengambil risiko memasukkan mereka pada perlawanan persahabatan bertemu UiTM pada Rabu,” jelasnya selepas Majlis Pelancaran Kit Pasukan, Pengenalan Pemain dan Pegawai FUFC di Stadium Tun Abdul Razak (STAR) pada Khamis malam.

Menurut Irfan, musim ini The Fighters mengambil keputusan untuk mengurangkan pemain-pemain senior bagi memantap skuad dengan pemain muda.

“Hanya beberapa pemain lama termasuk Shukor Adan dan Khairul Ismail kekal kerana saya yakin mereka mampu memberi tunjuk ajar kepada barisan pemain muda.

“Manakala pemain import lama, Thiago Augusto Fernandes (Brazil) masih kekal di barisan depan dan Zah Rahzan Krangar (Liberia) di tengah,” tambahnya.

Selain itu, pada majlis pelancaran kit pasukan, Felda United kekal menggunakan warna oren sebagai jersi utama selain biru dan putih yang ditaja oleh jenama FBT.

Sebagai rekod musim lalu, Felda United berjaya berada dalam kelompok lima teratas Liga Super, tewas aksi separuh akhir kepada Kedah dalam aksi Piala Malaysia manakala terkeluar pusingan pertama saingan Piala FA.

Senarai pemain penuh FUFC:

Pemain baharu:

Bobby Gonzales (Perak, penyerang)
> Mohd Suffian Ab Rahman (Sime Darby,penjaga gol)
> Muhammad Zulfahi Awang (YFFC,penyerang)
> Sivanesam Shanmugan (N9,penyerang)
> Ridzuan Abdunloh Pula (Kedah,tengah)
> Irwan Jasman  Azahar (Piala Presiden,tengah)
> Ahmad Ezrie Shafizie (PDRM,tengah)
> Muhammad Syahid Zaidon (YFFC,tengah)
> Abdul Shukor Jusoh (ATM,tengah)
> Fazli Alias (ATM,pertahanan)
> Mohamad Idris Ahmad (Perak,pertahanan).
> Agilberto Carlos Marangoni Filho (penyerang)-import
> Lutfulla Turaez (tengah)-import

Pemain lama: 


> Farizal Harun (penjaga gol), 
> Mohd Fairul Azwan Shahrullai (penjaga gol)
> Shukor Adan (kapten, pertahanan)
> Khairul Ismail (pertahanan)
> Adib Aizuddin Ab Latiff (pertahanan)
> Mohd Aizulridzwan Razali (pertahanan)
> Mohd Firdaus Mohd Faudzi (pertahanan)
> Hasni Zaidi Jamian (pertahanan)
> Muhammad Hadin Azman (tengah)
> Ahmad Syamim Yahya (tengah)
> Christie Jayaseelan Devasagayam (tengah)
> Muhd Ferris Danial Mat Nasir (penyerang)
> Thiago Augusto Fernandes (penyerang)-import
> Zah Rahzan Krangar (tengah)-import

Tags / Kata Kunci: Felda United , Irfan Bakti Abu Salim

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan