Berbekal Modal Kecil, Singa Utara Bakal Mengganas

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

BERBEKALKAN dana sebanyak RM10 juta, jumlah itu dianggap hanya cukup makan untuk menguruskan sebuah pasukan yang akan beraksi di Liga Premier dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pasukan yang baru kembali ke Liga Premier daripada Liga FAM itu juga tidak mendapat tajaan daripada syarikat gergasi yang boleh menambah kantung Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Berikutan itu, pihak pengurusan pasukan bergelar Singa Utara tersebut perlu melakukan perancangan rapi dalam berbelanja disamping megejar sasaran.

Tidak mahu pisang berbuah dua kali terutamanya berkaitan dengan penangguhan bayaran gaji pemain, PFA mengambil sikap sederhana dalam segala urusan.

Setiausahanya, Jamil Che Mat menjelaskan, dengan jumlah itu, pasukan perlu bijak dalam setiap keluar-masuk kewangan pasukan ini.

"Setakat ini kami belum ada mana-mana pihak yang ingin menaja. Jadi apa yang ada sekarang, adalah bajet oleh presiden sendiri (Datuk Rozabil Abdul Rahman (gambar)).

"Pun begitu, dari segi kebajikan pengurus, pegawai dan pemain-pemain kami sudah diaturkan dengan baik," jelasnya kepada mStar Online.

Di sebalik kekangan bajet itu, PFA tidak ‘kedekut’ dalam mengeluarkan perbelanjaan melantik ketua jurulatih yang juga merangkap pengurus pasukan berpengalaman seperti Dollah Salleh.

Apa yang penting bagi PFA, adalah komitmen, konsisten dan saingan yang bakal diharungi musim ini.

Rekod cemerlang Dollah selaku jurulatih tidak perlu dipertikaikan lagi.

Bermula tahun 2003 menguruskan Selangor MPPJ, Dollah berjaya membawa kelab itu dengan menjuarai Piala Malaysia, juara Liga Super  dan Piala Sumbangsih (2004).

Pada tahun 2005, menguruskan pasukan Selangor dengan juara treble (Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia).

Seterusnya bersama Pahang - naib juara Liga Perdana (2012) dan juara Piala Malaysia (2013). Manakala 2014 membawa pasukan PDRM menjuarai Liga Perdana.

Mengenai pemain-pemain yang beraksi dengan Singa Utama musim ini juga bukan calang-calang biarpun bukan bergelar bintang.

Antara pemain tempatan yang dijangka menjadi tumpuan antaranya bekas pemain Kedah United, Sadam Hashim.

Pemain berusia 24 tahun yang bermain di bahagian tengah itu dilihat mempunyai masa depan yang cerah dengan kepantasan serta ciri-ciri seorang pemain yang digeruni oleh lawan.

Seterusnya pemain tengah muda Bawah 21 Tahun Perlis, Mohd Firdaus Zulkafli dikatakan mempunyai taktikal yang bagus dan Dollah yakin pemain ini akan lebih baik jika didedahkan dengan banyak pengalaman.

Pemain senior dari PDRM, Mohd Afif Amiruddin juga menjadi taruhan dan  bakal menjadi salah seorang benteng pertahanan terbaik bagi skuad Perlis.

Selain itu, kepakaran pemain import juga ditagih  dan pastinya sentuhan berpengalaman pemain Auckland, New Zealand Kayne Vincent menjadi harapan skuad ini.

Sebelum menyarung jersi Perlis, Vincent,28, merupakan penyerang kelab Liga Perdana Thailand, Buriram United.

Vincent dikatakan mendapat bayaran gaji tertinggi di kalangan pemain-pemain import yang lain dalam pasukan ini.

Pengalaman beraksi dengan pelbagai kelab di seluruh dunia, antaranya Cerezo Osaka, FC Gifu (Liga Jepun), Waitakere United (New Zealand), Mumbai (India) dan beberapa kelab lain diharap dapat dikongsi bersama rakan-rakan sepasukannya mengharungi saingan musim ini.

Selain Vincent, seorang lagi penyerang dari Gambia yang juga bekas pemain PDRM, Mohamadou Sumareh turut menjadi harapan pasukan berkenaan.

Sumareh pernah mendapat bimbingan Dollah ketika bersama PDRM sebelum ini, dan pastinya dia sudah tahu kehendak jurulatih berusia 52 tahun itu.

Manakala Obinna Nwaneri namanya sudah sinonim dengan peminat bola sepak tempatan dijangka bakal mengetuai kubu pertahanan Singa Utara.

Bekas pemain Kelantan dan ATM ini menjadi kunci utama untuk mengucar-kacirkan serangan pihak lawan.


Profil pasukan


Nama penuh: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA)

Nama gelaran: Singa Utara

Venue utama: Stadium Tuanku Syed Putra (Stadium Utama Kangar)

Presiden: Datuk Rozabil Abdul Rahman

Ketua jurulatih/pengurus : Dollah Salleh

Penolong Pengurus: Afifi Osman

Liga: Liga Perdana Malaysia

Bajet 2016: RM10 juta

Jersi: Kuning-biru (home), Biru-putih (away)

Pemain import: Edward Junior Wilson (Penyerang-Liberia), Kayne Vincent (Penyerang-New Zealand), Mohamadou Sumareh (Tengah -Gambia), Obinna Nwaneri (Pertahanan - Nigeria)

Tags / Kata Kunci: Perlis , Singa Utara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan