Nurmelissa Sofea Bakar Semangat Azmeer Yusof

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 9:12 AM

(Ubah saiz teks)

KEHADIRAN Nurmelissa Sofea dalam hidup pemain Kedah, Azmeer Yusof bukan sahaja menyerikan keluarganya tetapi turut menyuntik semangat baru bagi pertahanan itu memulakan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Cahaya mata sulung Azmeer itu dilahirkan pada 29 Januari lalu, tidak lama selepas pemain tersebut mengikat kontrak bersama skuad Helang Merah.

"Kelahiran anak sulung saya, Nurmelissa Sofea bukan sahaja menyerikan hidup saya dan isteri tetapi turut membawa rezeki untuk beraksi bersama juara Liga Premier, Kedah pada musim ini. Dia membakar semangat saya untuk beraksi lebih baik bersama pasukan baru.

"Walaupun mendapat tawaran dari pasukan lain di ibu negara, tetapi saya memilih Kedah kerana ibu bapa saya iaitu Yusof Saad dan Norma Din berasal dari negeri ini.

"Tak boleh menafikan juga sepupu saya iaitu Hazali Hamid turut memberi nasihat supaya menyertai pasukan Kedah. Saya menerima nasihatnya kerana dia banyak membantu membina karier bola sepak sejak di bangku sekolah.

"Yang paling penting sekali ialah mendapat tawaran daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan diterima oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk menimba ilmu agar dapat menjadi pemain lebih baik," katanya kepada mStar Online.

Tambah Azmeer, dia juga kagum dengan layanan baik daripada rakan sepasukan sejak pertama kali menjalani sesi latihan bersama pasukan Kedah selepas mereka muncul naib juara Piala Malaysia.

"Walaupun telah mengenali rakan-rakan sepasukan dalam latihan tetapi saya masih gugup ketika diturunkan buat pertama kali menentang Felcra FC di Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Tetapi apabila turun untuk kali kedua di UUM, saya mula lebih yakin dan dapat beraksi dengan lebih tenang untuk memastikan barisan pertahanan Kedah lebih ampuh.

"Seperti pemain, saya juga akan berjuang untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama bagi memulakan saingan Liga Super menentang Felda di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang," ujarnya.

Bagimanapun jelasnya, saingan bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama bukanlah perkara mudah kerana posisi pertahanan kiri sering diisi oleh Shafizan Hashim yang sudah lama beraksi bersama pasukan Kedah dan mempunyai banyak pengalaman.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah , Azmeer Yusof

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan