PQPTRW Tampil 11 Muka Baharu

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 10:00 AM

CERIA... Pasukan bola sepak Kelantan, Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) menggayakan ’tagline’ Qu Puteh bersama Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (dua,kanan) pada majlis memperkenalkan barisan pemain dan jurulatih pasukan PQPTRW di Stadium Sultan Muhammad IV, malam Selasa. Seramai 11 muka baharu antara yang terpilih bagi melengkapkan senarai 25 pemain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sebelas muka baharu dipilih bagi melengkapkan 25 pemain pasukan bola sepak Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Daripada pemain muka baharu itu, lapan adalah pemain tempatan iaitu Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi yang bermain di posisi penyerang dari skuad Piala Presiden, Mohd Qayyum Marjoni Sabil (pertahanan/Piala Presiden), Mohd Ramadhan Abdul Hamid (penjaga gol/Harimau Muda), Faizal Abu Bakar (penyerang/PDRM).

Pemain lain ialah Mohd Muslim Ahmad (pertahanan/PDRM), Indra Putra Mahayuddin (pemain tengah/Felda United), Abdul Manaf Mamat (penyerang/Terengganu) dan Mohd Daudsu Jamaluddin (pertahanan/Johor JDT).

Tiga pemain import baharu ialah Jonatan Lucca (pemain tengah/Brazil), Dramane Traore (penyerang/Mali) dan Baze Ilijoski (penyerang/Macedonia).

Penjaga gol yang dikekalkan untuk musim ini ialah Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Shahrizan Ismail.

Pemain pertahanan yang dikekalkan ialah Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Mohd Farisham Ismail, Norhafiz Zamani Misbah, Zairul Fitree Ishak, Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa, Mohd Zafran Akramin Abdul Razak dan Jonathan David Mckain (Australia).

Pemain tengah yang dikekalkan pula ialah Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Zakaria, Brendan Gan, Mohd Badhri Mohd Radzi (ketua pasukan), Muhd Amir Zikri Pauzi dan Mohd Rozaimi Azwar.

Sementara pemain penyerang yang dikekalkan ialah Mohd Khairul Izuan Rosli, dan Nor Farhan Muhammad.
Ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan Kelantan ialah K. Devan.

Senarai nama pemain tersebut diumumkan pada perlawanan persahabatan antara PQPTRW dan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad ke IV di sini, malam Selasa.

Turut hadir, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan Penasihat Kehormat KAFA Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Tags / Kata Kunci: PQPTRW , Liga Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan