Menang 3-0 Ke Atas Stoke, Man U Kekal Di Kedudukan Kelima

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 7:15 AM

Aksi Wayne Rooney selepas berjaya menyumbangkan gol untuk pasukannya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Stoke City, awal pagi Rabu. United menang 3-0.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United meraih kemenangan 3-0 atas Stoke City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Rabu.

Sementara itu Tottenham Hotspur menang 3-0 atas tuan rumah Norwich City hasil gol pembukaan oleh Dele Alli, sebelum ditambah dengan dua gol yang disumbat masuk oleh Harry Kane.

Keputusan tersebut membuatkan Tottenham naik ke kedudukan ketiga carta liga, di atas Arsenal yang hanya mencatat keputusan seri 0-0 menentang Southampton. Tottenham dan Arsenal masing-masing mengumpulkan 45 mata, namun berbeza dari segi jumlah gol.

Sementara itu United kekal bertahan di kedudukan kelima. Pasukan Louis van Gaal mengumpulkan 40 mata namun mereka tidak boleh kehilangan mata lagi pada perlawanan akan datang dalam mengejar tiket ke Liga Juara-Juara musim baru.

Bermain di tempat sendiri, Old Trafford, United tampil menyerang sejak awal. Serangan dari The Red Devils menghasilkan 12 peluang pada babak pertama, sedangkan Stoke hanya mencipta lima peluang.


Peluang pertama United hadir menerusi Wayne Rooney pada minit ke-5. Kapten pasukan itu melepaskan tendangan dari luar kotak penalti setelah berjaya memperdaya pemain belakang. Namun, bola mampu diselamatkan penjaga gol James Butland.

Pada minit ke-13, Old Trafford riuh-rendah setelah Jesse Lingard mencipta gol pembuka untuk United. Pemain berusia 23 tahun itu menanduk bola hasil umpan silang Borthwick-Jackson.

Pada minit ke-23 United menggandakan keunggulan menerusi penyerang dari AS Monaco Anthony Martial.

Sehingga tamat babak pertama, United mendahului dengan gol 2-0.

Pada minit ke-52, gol United bertambah menerusi Wayne Rooney.

United lebih banyak bertahan setelah mendahului 3-0. Sehingga tamat pertandingan, tiada gol tambahan yang dicipta pasukan lawan.

Man United: David De Gea, Matteo Darmian, Chris Smalling, Cameron Borthwick-Jackson, Michael Carrick, Marouane Fellaini, Juan Mata, Daley Blind, Jesse Lingard, Wayne Rooney, Anthony Martial

Stoke: James Butland, Erik Pieters, Glen Johnson, Muniesa, Philipp Wollscheid, Ibrahim Afellay, Glenn Whelan, Peter Crouch, Jonathan Walters, Bojan, Marko Arnautovic

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan