Aksi Liga-M Tiket Pemain Muda Ke Skuad Kebangsaan

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 6:30 AM

Ong Kim Swee.

Ong Kim Swee

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee meminta pemain muda supaya mempamerkan aksi cemerlang apabila Liga Malaysia membuka tirai minggu depan.

Beliau berkata jika pemain-pemain berkenaan beraksi dengan baik, mereka berpeluang menyarung jersi kebangsaan.

"Saya tidak boleh kata saya nak buat perubahan seratus-peratus, saya kena lihat dulu liga kita bermula dan sekiranya pemain-pemain muda beraksi dengan baik, sudah tentu saya akan panggil untuk mewakili pasukan kebangsaan.

"Transisi yang saya ilhamkan itu akan mengambil sedikit masa, ada perancangan jangka pendek dan panjang," katanya.

Liga Perdana 2016 akan membuka tirai pada 12 Februari, manakala Liga Super  dijadual bermula 13 Februari.Beliau berkata pemain kebangsaan akan dipanggil pada pertengahan Mac ini, sebagai persediaan menghadapi aksi terakhir kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi pada 24 Mac.

"Kita akan ke Arab Saudi untuk perlawanan timbal balik dan selepas itu kemungkinan besar kita akan bermain satu aksi persahabatan sama ada di Kuala Lumpur atau tempat lain, belum diputuskan lagi," katanya.

Mengenai perubahan gelaran skuad kebangsaan daripada 'Harimau Malaya' ke 'Harimau Malaysia', beliau berharap ia dapat membuka lembaran baharu dan memberi kesan positif dalam merealisasikan impian jutaan peminat bola sepak tempatan agar skuad negara mencapai kejayaan cemerlang di pentas antarabangsa.

Untuk rekod, Malaysia menduduki tempat keempat dari lima pasukan dalam Kumpulan A dengan empat mata selepas mencatat satu kemenangan, satu seri dan lima kekalahan dalam kempen kelayakan itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kepada Kim Swee adalah munasabah dan mampu dicapai.

"Kita patut memberi peluang kepada beliau menangkis segala tanggapan buruk dan membentuk pasukan kita ke satu peringkat lebih baik. Dari segi KPI, kita lihat satu persatu dan bagi saya, kita tengok dahulu prestasi pada Piala AFF Suzuki, akhir tahun ini.

"Saya harap mereka dapat mempamerkan aksi yang baik dan sampai ke final. Itu penanda aras saya," katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan penaja skuad kebangsaan pada Selasa.  

Dua lagi KPI ditetapkan bagi jurulatih berasal dari Melaka itu ialah memperbaiki ranking dunia skuad kebangsaan daripada tangga ke-171 kepada 140  dan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

Kim Swee pernah menjadi jurulatih skuad Harimau Muda A dari 2009-2014, jurulatih skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan 2011-2015 serta jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, selepas Dollah Salleh melepaskan jawatan tahun lepas. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee , Harimau Malaysia , Liga-M

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan