Muangthong United Sekat Hasrat JDT Ke Playoff ACL

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 2:27 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mencipta sejarah muncul pasukan pertama Malaysia layak ke pusingan playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak kesampaian apabila tewas 0-3 menerusi sepakan penalti kepada wakil dari Thailand, Muangthong United, Selasa malam.


Pada aksi kelayakan kedua ACL itu di Stadium Thunderdome, Nonthaburi, pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas masa tambahan.

Ketangkasan penjaga gol Muangthong United, Kawin Thamsatchanan menyelamatkan sepakan penalti tiga pemain import JDT - Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Hariss Harun - memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.

Tiga jaringan skuad diberi jolokan 'Twin Qilin' itu disempurnakan oleh Cleiton Augusto, Peerapat Notchaiya dan Sarach Yooyen. Muangthong United akan menentang wakil dari China, Shanghai SIPG di Stadium Shanghai, dalam aksi playoff untuk mengesahkan tiket ke pusingan akhir ACL.

Pemenang perlawanan itu akan beraksi dalam Kumpulan G bersama-sama Melbourne Victory (Australia), Gamba Osaka (Jepun) dan Suwon Samsung Bluewings FC dari Korea Selatan.

Pada peringkat kumpulan, sebanyak 32 pasukan yang diundi dalam lapan kumpulan akan bersaing dalam format liga untuk merebut 16 slot ke peringkat kalah mati, iaitu dua pasukan terbaik setiap kumpulan. Sementara itu, skuad kendalian Mario Gomez itu akan meneruskan saingan pada Piala AFC 2016 dalam Kumpulan H, bersama-sama JSW Bengaluru FC (India), Lao Toyota FC (Laos) dan Ayeyawady United (Myanmar).

Untuk rekod, skuad Harimau Selatan mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara muncul juara Piala AFC tahun lepas, selepas mengalahkan Istiklol dari Tajikistan 1-0 pada perlawanan akhir.

Dalam aksi kelayakan lain, wakil dari China, Shandong Luneng FC membenam Mohun Bagan (India) 6-0; Hanoi T&T (Vietnam) menang tipis 1-0 ke atas Kitchee SC (Hong Kong), manakala Chonburi FC (Thailand) mengalahkan Yangon United (Myanmar) 3-2.-Bernama

Tags / Kata Kunci: JDT , ACL , Thailand

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan