Futsal AFC: Serpa Gugur Tiga Pemain

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 8:56 PM

Marcelo Serpa (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga daripada 17 pemain futsal kebangsaan yang menyertai lima perlawanan persabahatan di Bangkok dan Ho Chi Minh baru-baru ini telah digugurkan daripada senarai akhir pemain ke Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bermula 10 hingga 21 Februari ini di Tashkent,Tajikistan.

Mereka ialah pemain Pahang, Mohd Afiq Abdul Rahman selain dua pemain Sabah iaitu Mohd Iftitah Ahmad dan Mohd Ridzwan Bakri. 

Ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa menerusi laman sesawang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) www.fam.org.my memaklumkan beliau telah mengekalkan 14 pemain yang disifatkannya adalah gandingan terbaik untuk menggalas cabaran negara pada kejohanan tersebut.

"Secara kesuluruhannya, saya berpuas hati dengan pilihan saya di mana pemain-pemain telah menunjukkan kesungguhan sepanjang empat minggu latihan pusat dan lima perlawanan persahabatan ini untuk menunjukkan peningkatan prestasi sepasukan," katanya.

Serpa pada masa sama berharap supaya latihan fasa terakhir selain dua aksi persahabatan di Uzbekistan iaitu berdepan skuad Bawah 23 (B-23) Uzbekistan dan Iraq, masing-masing pada 6 dan 7 Feb mencukupi untuk mempersiapkan pasukan kebangsaan.

Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Brazil itu berharap skuad kebangsaan dapat mengejutkan naib juara kejohanan Futsal ASEAN 2015, Australia dalam aksi pembukaan kumpulan D, pada 11 Februari ini bagi mencerahkan peluang negara mara ke peringkat seterusnya.

Selepas menentang Australia, Malaysia berdepan tugas sukar menentang juara bertahan kejohanan, Jepun pada 13 Feb ini sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang Qatar, selang dua hari kemudian.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulanlayak ke peringkat suku akhir kejohanan.

Lima pasukan terbaik daripada kejohanan ini layak ke Kejohanan Futsal Piala Dunia 2016 di Colombia dari 10 Sept hingga 1 Oktober ini.

SENARAI 14 PEMAIN:

Ahmad Fawzul Hadzir, Saiful Nizam Mohamad Ali, Azrul Hadee Mohd Taufiq,Muhammad Fitri Muhammad Yatim, Muhammad Akmal Yazadh Amri, Muhammad Azri Rahman,Mohd Firdaus Ambiah (kesemuanya pemain Felda United); Amar Ashraf Abu Bakar(Kedah); Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Muhammad Afif Asyraf Muhd Halil, MohdFirdaus Razali (MPSJ); Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin (Selangor); AkmarulnizamMohd Idris (Pahang); Muhammad Addli Che Husin (Melaka). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Futsal , Marcelo Serpa

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan