Man City Suntik Dana 150 Juta Pound Untuk Guardiola Pilih Pemain

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 8:09 AM

Pep Guardiola.

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola bakal mendapat suntikan dana yang besar apabila mengambil-alih jawatan pengurus Manchester City pada musim panas ini.

Dilaporkan pihak pengurusan kelab itu memperuntukkan sebanyak 150 juta pound (RM900.82 juta) untuk Guardiola membeli pemain.

Guardiola sudah memaklumkan kepada Bayern Munich bahawa dia tidak akan menyambung kontraknya, manakala Man City telah mengesahkan bekas pengurus Barcelona itu akan menggantikan Manuel Pellegrini.

Sementara itu, Guardiola akan mendapat bayaran 15 juta pound (RM90.08 juta) di Manchester City.

Manchester City nampaknya amat berharap dengan Guardiola yang mencatatkan sejarah menerusi enam gelaran dalam setahun untuk Barcelona pada 2011. 

Secara keseluruhan, jurulatih itu merangkul 14 trofi juara dalam tempoh lima tahun bersama Barcelona.

Nampaknya, soal berapa banyak diperuntukkan untuk Guardiola bukan menjadi masalah buat Manchester City.

Kedudukan kewangan kelab itu begitu memberangsangkan sebaris dengan semua kelab Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

Mengenai pemilihan pemain, Guardiola merupakan rakan baik kepada pengarah bola sepak Manchester City, Txiki Begiristain.

Sehubungan itu, Guardiola dijangka akan mengadakan rundingan berhubung perpindahan pemain sebelum menguruskan pasukan itu pada 1 Julai depan.

900.66
900.66
900.66
Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan