Guardiola Tahu Destinasinya Di England - Lewandowski - Bola Sepak | mStar

Guardiola Tahu Destinasinya Di England - Lewandowski

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

ROBERT Lewandowski mendedahkan Pep Guardiola tahu ke mana destinasinya musim depan, malah sudah memulakan perancangan untuk pasukan baharunya nanti.

Pada awal Januari, Guardiola mengumumkan akan berpindah ke England musim 2016/17 dan telah memaklumkan perkara ini kepada Bayern Munich bahawa dia tidak akan menyambung kontraknya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kelab yang bakal diuruskan nanti masih menjadi rahsia walaupun terdapat laporan Manchester United semakin hampir mendapatkan pengurus Sepanyol itu, malah dikatakan sudah menandatangani perjanjian pra kontrak.

Selain United, dua lagi kelab Inggeris yang dikaitkan dengan Guardiola adalah Chelsea dan Arsenal.

Namun Lewandowski yakin jurulatih yang merangkul 14 trofi juara dalam tempoh empat musim bersama Barcelona itu sudah membuat keputusannya.

"Saya yakin Pep boleh menaikkan pasukan di England. Dan saya juga pasti dia sudah tahu ke mana arahnya, dan apa yang perlu dilakukan dengan pasukan baharunya," jelas Lewandowski.

Bintang Jerman ini amat memahami gaya kerja Guardiola setelah 18 bulan berada di bawahnya.

"Dia seorang yang teliti dalam membuat persiapan dan penguasaan taktikal.

"Pep akan fokus kepada teknik hantaran malah gaya permainannya menjadi falsafah utama dalam corak serangan di Bundesliga.

"Tetapi Pep juga tahu Liga Perdana berbeza dengan Liga Sepanyol atau Liga Jerman. Sudah tentu dia akan menggunakan taktik dan teknik yang baharu".

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan