Guardiola Sah Sertai Manchester City

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 9:44 PM

Pep Guardiola

Pep Guardiola

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola akan menjadi Ketua Jurulatih Manchester City bermula 1 Julai ini selepas kelab itu mengesahkan dia telah menandatangani perjanjian untuk tiga tahun.

Jurulatih semasa, Manuel Pellegrini juga telah menyatakan kegembiraannya dengan keputusan itu.

Guardiola, dari Sepanyol pada Disember lalu mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Bayern Munich selepas musim ini.


Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Manchester City pada Isnin berkata: "Manchester City boleh mengesahkan bahawa dalam beberapa minggu kebelakangan ini ia telah memulakan rundingan dan akan memuktamadkan rundingan kontrak dengan Pep Guardiola untuk menjadi Ketua Jurulatih MCFC bagi Liga Perdana Inggeris musim 2016/17 dan seterusnya.

"Kontrak itu adalah untuk tempoh tiga tahun. Rundingan ini adalah satu permulaan semula kepada perbincangan terhad pada tahun 2012. Sebagai penghormatan terhadap Manuel Pellegrini dan pemainnya, kelab ini ingin mengumumkan keputusannya kepada awam bagi mengelakkan spekulasi dan beban yang tidak perlu.

"Manuel, yang menyokong penuh keputusan yang dibuat ini, bakal memberi fokus sepenuhnya untuk mencapai sasarannya dan terus menghormati komitmen daripada semua yang terlibat dengan kepimpinan kelab."

Pellegrini sebelum ini mengakhiri sidang akhbar untuk perlawanan menentang Sunderland dengan berkata: "Sebelum saya selesai, saya ingin memberitahu anda saya telah bercakap dengan kelab ini dan saya akan menamatkan kontrak saya pada tarikh asal.

"Saya menandatanganinya untuk tempoh satu tahun lebih, tetapi dengan klausa bahawa kelab atau saya boleh membuat pilihan. Jadi saya akan mengakhiri tugas saya di sini pada 30 Jun, jadi tidak ada lagi spekulasi.

"Kelab ini tidak melakukannya apa-apa di belakang saya, saya tahu mengenainya satu bulan lalu, tetapi saya fikir adalah tidak baik untuk membiarkan khabar angin atau spekulasi tentang perkara-perkara ini, jadi saya lebih suka menyelesaikannya hari ini, yang mana saya telah memberitahu pemain dan pihak akhbar. Saya juga bercakap dengan kelab dua minggu lalu dan berkata bahawa saya akan melakukannya."

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan