Chelsea Sasar Antoine Griezmann Jika Hazard Berhijrah

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2016 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA sedia membelanjakan sebanyak £60 juta untuk mendapatkan Antoine Griezmann sekiranya Eden Hazard berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) atau Real Madrid.

Pemain Perancis berusia 24 tahun itu kini merupakan bintang Atletico Madrid yang menjadi pemain tengah serangan bernilai di Eropah selepas mempamerkan aksi memberangsangkan sejak dua musim lalu.

Atletico kini sedang menjalani penggantungan untuk menjual dan membeli pemain kerana melebihi limit selepas mendapatkan pemain muda bernilai.

Berikutan itu, Griezmann perlu menebus kontraknya yang bernilai £60 juta jika ingin menyertai Chelsea.

Selain itu, PSG antara pasukan yang mahukan Griezmann bagi menggantikan Zlatan Ibrahimovich yang akan meninggalkan skuad tersebut pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, Hazard menjadi pemain tengah yang lebih diberi perhatian oleh Real Madird dan PSG.

Ketua Jurulatih Real, Zinedine Zidane dikatakan meminati Hazard sejak dua musim lalu dan mahu pemain itu ke Sepanyol pada akhir musim ini.

Tags / Kata Kunci: Chelsea

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan