Kami Bermain Lebih Baik Berbanding Sesi Latihan - Van Gaal

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 7:14 AM

Juan Mata membantu dalam kemenangan pasukan dengan menjaringkan satu gol.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United mencipta kemenangan meyakinkan ketika menentang Derby County dalam pusingan ke-4 Piala FA Inggeris, awal pagi Sabtu.

The Red Devils dinilai bermain lebih baik berbanding sesi latihan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Park Pride Stadium itu, Wayne Rooney, Daley Blind dan Juan Mata telah membantu pasukan dengan masing-masing menyumbat masuk satu gol.

Derby County hanya mampu membalas sekali menerusi gol oleh George Thorne pada minit ke-37.

Rekod Soccernet mencatatkan United mampu melakukan sebanyak 60 peratus penguasaan bola. Mereka juga mampu membuat sebanyak 13 kali percubaan, lima hampir tepat dan tiga menghasilkan gol.

Pengurus United Louis van Gaal menyatakan kepuasannya ke atas kemenangan pasukannya kali ini.

"Ia mungkin lebih baik daripada apa yang kami buat ketika sesi latihan. Kami bermain pada waktu yang tepat berdepan Derby.

"Kami memberikan mereka gol, tapi ketika pertengahan perlawanan, saya menyatakan bahawa itu merupakan aksi yang bagus, kekalkan corak permainan dan kami akan menang. Dan kami mampu meraihnya," kata Van Gaal di BBC.

Mengenai gol Daley Blind, dia berkata ia adalah sesuatu yang menakjubkan.

"Gol Daley Blind? Anda patut meraikannya. Itu merupakan gol yang hebat. Liga Perdana sangat penting, tapi FA Cup merupakan kejuaraan yang paling luar biasa bagi kami dengan sejarahnya panjang dan penting.


"Kami sudah tak memenanginya dalam jangka masa yang lama, jadi kami mengimpikannya. Setelah dua kemenangan, anda tak boleh lagi mengatakan bahawa kami sudah memenanginya," katanya.

Dengan kemenangan ini, United mara ke pusingan kelima Piala FA.

Susunan Pemain

Derby County: Carson, Christie, Keogh, Shackell, Warnock, Johnson (Hendrick 76), Butterfield, Blackman (Camara 59), Ince, Thorne (Russel 76), Martin

MU: De Gea, Smalling, Blind, Varela, Borthwick-Jackson, Mata (Herrera 84), Martial, Fellaini, Schneiderlin (Carrick 74), Lingard, Rooney
Tags / Kata Kunci: Piala FA Inggeris , pusingan 4

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan