KJ Saran Bernhardt Pilih Pembantu Jurulatih Tempatan

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan agar jurulatih Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt memilih pembantu jurulatih tempatan bagi mengendalikan skuad B-22 itu.

Bernhardt dikatakan berhasrat mengambil pembantu jurulatih asing bagi membantunya menguruskan pasukan itu.

Khairy berkata pembantu jurulatih tempatan sudah memadai untuk membantu Bernhardt dalam mengendalikan skuad B-22 itu bagi menghadapi Sukan SEA tahun hadapan.

"Saranan saya ialah kita perlu bincang dengan jelas dengan Bernhardt mengikut keperluan skuad Sukan SEA, cukup ambil penolong tempatan.

"Saya harap Bernhardt faham dan beri tumpuan terhadap tugas sebenarnya iaitu memilih pemain bagi skuad Sukan SEA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan bina badan, Mr. Brotherhood di sini, Sabtu.

Pertandingan disertai lebih 200 peserta itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu Terbuka Atas 170cm, Terbuka Bawah 170cm, Bakat Baru Atas 170cm dan Bakat Baru Bawah 170cm.

Mengulas tugas Bernhardt, Khairy berkata Bernhardt diberikan masa sehingga akhir tahun ini untuk membuat pemilihan pemain skuad Sukan SEA di peringkat negeri dan kelab bola sepak tempatan.

Katanya, jika ada pemain berpotensi daripada pasukan negeri atau kelab, mereka akan dipanggil untuk mengikuti latihan pusat di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya harap pasukan negeri dan kelab akan melepaskan pemain mereka yang terpilih berada dalam pasukan Bernhardt jika ada latihan atau perlawanan yang perlu disertai mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sukan Sea

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan