Alexandre Pato Milik Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 8:35 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA melengkapkan pemindahan Alexandre Pato dari kelab Brazil, Corinthians menerusi pinjaman selama semusim.

Penyerang Brazil itu bakal menjadi pemain tetap di Stamford Bridge dengan nilai £7 juta pada akhir musim sekiranya menyerlah.

Bekas pemain AC Milan itu tiba di London pada Rabu sebelum berjaya melepasi ujian perubatan dan melengkapkan urusan kontrak.

Berikutan kehadirannya, Pato akan menjadi penyerang pilihan pengendali Chelsea, Guus Hiddink selain Diego Costa.

Chelsea selain itu turut memiliki penyerang berpengalaman seperti Loic Remy dan Radamel Falcao.

Pato, 26, berkata kepada laman web kelab itu," saya gembira kerana dapat melengkapkan pemindahan ke Chelsea. Ia adalah impian yang menjadi kenyataan. Saya akan bertemu rakan sepasukan baru untuk mengetahui cara mereka bermain. Saya tidak sabar lagi untuk bermain bersama mereka.

"Saya berterima kasih kepada Chelsea kerana menyokong karier saya. Sebagai balasan saya perlu beraksi denngan cemerlang untuk kelab dan penyokong."

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Brazil

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan