Valencia, Sevilla Ke Separuh Akhir Copa Del Rey

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 7:15 AM

Pemain pasukan Sevilla meraikan kejayaan pasukan itu yang mara ke separuh akhir Copa del Rey setelah menewaskan Mirandes 3-0 (agregat 5-0).

(Ubah saiz teks)

VALENCIA dan Sevilla menempah tiket ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) setelah mengalahkan lawan masing-masing, awal pagi Jumaat.

Kedua-dua pasukan ini mengikut jejak langkah Barcelona dan Celta Vigo yang terlebih dahulu sudah melayakkan diri ke kelompok empat pasukan terakhir.

Valencia menang 1-0 ke atas Las Palmas di Gran Canaria. Gol Rodrigo pada minit ke-20 memastikan pasukan itu mara dengan agregat 2-1.

Ini menjadi kemenangan ketiga bagi Valencia di bawah bimbingan Gary Neville. Kejayaan mara ke semi final ini sekali gus mengurangkan beban jurulatih Inggeris itu, yang belum pernah mencipta kemenangan pasukan itu di La Liga.

Dalam satu lagi perlawanan, Sevilla kembali mendominasi Mirandes di Estadio Municipal de Anduva.

Sevilla mengalahkan pasukan divisyen II itu 3-0 untuk mara dengan agregat 5-0. Tiga gol disumbangkan oleh Vicente Iborra pada minit ke-9 (penalti), Juan Munoz (70), dan Coke (90).

Pertandingan di babak semi final sedang menunggu proses undian yang dijadualkan dilakukan hari ini.

Melihat kepada kedudukan pasukan yang layak, Barcelona sangat berpeluang untuk mempertahankan gelaran juara.

Saingan semi final akan diadakan pada 3 dan 10 Februari.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan