FAM Arah Syahrul Azwari Kembali Ke Kelantan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 4:30 PM

Syahrul Azwari Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan bekas penyerang Harimau Muda B kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim supaya kembali ke negeri asalnya sebelum menyertai pasukan lain.

Keputusan tersebut ditetapkan Jawatankuasa Status FAM selepas meneliti afidavit daripada semua pihak terlibat pada Jumaat.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) masih berpeluang mendapatkan khidmat Syahrul Azwari musim ini tetapi ia bergantung kepada hasil perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

"Selepas meneliti keterangan daripada pemain, FAS dan Kafa, kami memutuskan Syahrul wajib balik ke pasukan Kelantan kerana aktiviti bola sepaknya bermula di sana.

"Namun FAS boleh mengadakan perbincangan dengan Kelantan FA dalam masa tujuh hari selepas menerima surat keputusan yang akan dihantar pada Jumaat," menurut kenyataan dalam laman web FAM pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, kontrak Syahrul bersama FAS sebelum ini dianggap terbatal kedua-dua pihak tidak mengikut tatacara pelepasan pemain yang ditetapkan.

Pada Disember lalu, Syahrul didakwa gagal melaporkan diri kepada Kelantan.

Sebaliknya, pemain berusia 23 tahun itu menandatangani kontrak dengan FAS dan tindakan tersebut mengundang kemarahan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Mengikut kontrak FAM, semua pemain Harimau Muda B perlu kembali ke pasukan negeri asal apabila dilepaskan dari skuad tersebut.


Tags / Kata Kunci: FAS , Kafa , FAM , Syahrul Azwari Ibrahim

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan