Neymar Teringin Dilatih Guardiola

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 7:35 AM

Neymar

(Ubah saiz teks)

DALAM banyak-banyak jurulatih terkenal dunia, Josep Guardiola antara yang digemari Neymar dan dia sangat teruja jika dapat dibimbing jurulatih itu.

Neymar berhijrah ke Barcelona pada musim panas 2013 setelah dibeli dari Santos. Kedatangan Neymar adalah setahun setelah Guardiola meninggalkan kelab itu di akhir musim 2011/2012.

Sepanjang bersama Barca, Guardiola mencatatkan rekod sebagai sebagai salah seorang jurulatih terkemuka Eropah dengan koleksi 14 gelaran selama empat tahun. Justeru tidak hairanlah jika Guardiola begitu dikagumi oleh Neymar.


Mungkin Neymar sedikit kecewa apabila mengenangkan tentang dirinya yang 'tidak sempat' dilatih Guardiola walaupun semusim sebelum kedatangannya di La Liga, namanya sudah dikaitkan dengan Barca.

Kini Neymar hanya mampu berharap dirinya mendapat peluang di masa hadapan untuk berada di bawah bimbingan Guardiola.

"Ya, ada seorang (jurulatih). Guardiola adalah jurulatih yang sangat saya kagumi dan saya ingin dilatih olehnya," ujar Neymar, memetik laporan Soccerway.

"Sukar untuk menyatakan adakah saya ingin bermain di negara lain. Tak ada yang tahu tentang masa depan, tapi saya sangat bahagia di Barcelona sekarang," tambahnya.

Apa yang diperkatakan Neymar ini mungkin mempunyai kaitan dengan nasib dan masa depannya yang masih samar kerana belum ada kesepakatan mengenai kontrak baharu.

Kebetulan, dua kelab yang diminati Neymar, Manchester United dan Manchester City telah dikaitkan dengan Guardiola.
Tags / Kata Kunci: Neymar , Barca , Josep Guardiola

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan